Harijadi tahun 2008 wisata kota bakal berperistiwa dunia 8.8.08

Jul 20, 2008 15:16



Masih jauh sebelum atas sana
Originally uploaded by Ssuriha

Pagi 13 Julai hari minggu. Sudah dua hari berlarutan demam. Seharian semalam. Berbaringan demam. Aduh macam mana nak panjat Great Wall of China ni.

Malam 12 Julai. Tidur selepas Maghrib. Demam lagi. Selepas malam sebelum itu demam malam menggigil badan. Malam tadi. Bangun hampir setiap satu jam. Tidur semula bila sakit-sakit badan. Lemah badan walau dipaksa bangun.

Bangun pukul 2.55 pagi. Lawan rasa sakit. Makan ubat. Kemas bagasi. Kemas itu ini. Pantang meninggalkan rumah kurang kemas kalau berpergian bermalam.

Mandi sejurus berkumandang azan Subuh dari tiga surau.

Selepas solat Subuh. Juga solat sunat musafir. Beransur pergi KLIA. Pesanan itu ini buat puteri sulung pagi ini bakal dijemput keluarga dari Ipoh pulang sana. Puteri sulung dan Safiyyah. Tinggalkan kunci rumah kalau Khadijah pulang dari Ipoh sebelum kami pulang dari China. Seminggu rumah sepi penghuni.

Suami memandu sampai KLIA. Suraya memandu selepas kami suami isteri turun dari kereta. Terminal Berlepas Antarabangsa. Safura turut mengiringi hantar. Pesanan itu ini buat dua puteri. Jemput kami di KLIA ini seminggu lagi.

Suami beratur di kaunter E. Su mencari kerusi buat berehat sementara menunggu beres urusan check-in. Berselisih dengan Profesor Dr. J serombongan dengan kami. Saling berbalasan senyum tanda hormat. Senyum gaya kita bila bersituasi begini. Senyuman tanpa tepat pandangan mata.

Berehat seketika dalam lima minit di kerusi 'penumpang memerlukan bantuan' sebelah kaunter berpermaidani merah. Bangun pergi kedai buku.

Beli tiga surat khabar. Beli satu novel Inggeris. Novel Mitch Albom.

Suami menelefon sejurus Su selesai bayar bil beli buku. Telefon berdering sedang kita menerima lebihan wang dari petugas kaunter bayaran.

" Su pergi sarapan dulu.. "

" Okay. Su pergi kafe sebelah surau tu. "

Panjangnya barisan menunggu giliran check in pergi Beijing. Bukan hanya orang Cina. Orang putih pun ramai. Patutlah suami sarankan kita pergi bersarapan dulu.

Asean Cafe. Makan Nasi Lemak berlaukkan Rendang Daging. Nescafe panas. Makan makanan berat mengenangkan lapar dalam dua penerbangan bulan lepas pergi Kota Kinabalu. Terbang pergi dan pulang dari Kota Kinabalu. Hanya berhidangan sandwic dan salad. Komen kami sekeluarga. Kedekut makanan MA* sekarang ni.

Meja makan bulat kecil hanya dua kerusi. Sebelah kiri. Sepasang suami isteri Melayu. Isterinya berwajah tanpa senyum. Gaya datin-datin.

Satu keluarga Melayu bapanya berkopiah putih. Anak kecil terpecahkan gelas minuman di kaunter bayaran. Hampir semua mata menoleh pandang.

Datang suami.

" Su dapat tempat duduk sebelah J. Nanti kita tukarlah. "

Agen pelancongan sudah tetapkan nombor kerusi.

" Dr. Muhammad dah check-in?... "

" Dia terbang lewat sikit. Esok kot. "

Selepas makan. Suami sekadar perabiskan apa kita belum habis makan dan minum.

Su singgah tandas. Sebelum itu. Minta suami tolong masukkan sedikit wang belanja kepada akaun bank putera intan payung. Suami telefon sejurus Su keluar dari tandas. Dah lambat ni.. Sudah pukul 8.30 pagi. Penerbangan pukul sembilan pagi.

Bergegas laju menuju tren menuju get Balai Berlepas. Berdiri di belakang dua orang penumpang orang putih. Ramai penumpang berdiri. Tidak sebagaimana bila terbang pergi Melbourne. Selalunya lengang tren ini.

Su bertanyakan suami samada ini penerbangan terus. Direct flight? Kot kot singgah Taiwan atau Hong Kong.

Alhamdulillah sampai Balai Berlepas nombor 35 lima belas minit sebelum pukul sembilan. Sempat telefon Bonda. Mohon doa restu semoga selamat semuanya.






Tetamu Rasanubari

13haribulan, klia, airport, sepang, demam, flickr, 20haribulan, china, sunday, beijing

Previous post Next post
Up