Masih berterusan perjalanan satu hari minggu berkeretapi Melbourne

Jul 09, 2008 14:17



Sepetang autumn Kamil's Kebabs Melbourne Central
Originally uploaded by Ssuriha

Sambung cerita 13 April Melbourne. Entri ini sebenarnya sudah lama terpampang pada jurnal ini tetapi dalam mod private. Hampir sebulan lama. Musim malas menghadap blog sendiri. Sementelah kebelakangan ini keraplah benar berpergian sana sini. Jarang hujung minggu di rumah. Ratusan kilometer pergi pagi pulang malam. Kini sudah perkara biasa. Sementelah sudah bertambah pemandu dalam keluarga. Hanya beberapa hari saja lagi. InsyaAllah terbang beribuan batu lagi. Seminggu lama di sana. Sepulang dari negara itu. Terbang lagi. Selepas itu ada dua lagi destinasi dalam bulan Julai ini.

Belum lagi cerita tentang Ogos. Bulan Ogos nanti. Jangkanya terbang pergi dua negara.

Melbourne Central senja hari minggu.

Selepas makan. Berehat-rehat sebentar. Sembang-sembang. Meja makan menghadap laluan orang lalu-lalang. Meja makan menghadap pandang kedai makan Kamil's Kebabs.

Kamil's Kebab sebagaimana di dalam gambar. Pertama kali singgah kedai ini pada tahun lepas selepas terlihatkan tanda halal pada dinding sebelah kiri. Safura makan Roti Kebab sebagaimana tertera gambar pada dinding sebelah kanan.

Selepas makan. Kami beransur pergi kedai Pasaraya Coles. Sebelah kiri belakang sana kalau dalam gambar. Singgah kerana mahu beli kudap-kudapan dan coklat.

Juga berkira-kira mahu beli Kek Coklat bersempena dengan harijadi Safura empat hari semalam. Beli Kek Coklat dengan taburan chocolate chips. Tahun-tahun kebelakangan ini. Kerap benar kek bersempena dengan sambutan harijadi belinya terlewat bukan sehari dua. Adakalanya selepas berbulan-bulan.

Beli coklat itu ini. Coklat pasti beli kalau di Melbourne ini. Coklat Cadbury Flakes jarang terlihat di Malaysia. Baru-baru ini terjumpa coklat ini di The Gardens Kuala Lumpur. Alamatlah kedai itu nanti bakal disinggah selalu.

Beli Teh Twinings berperisa lemon. Teh dari England. Teh kegemaran kita masa kini. Teh Lemon Twinings bercampur warna merah berperisa bunga hibiscus. Teh England beli di Melbourne. Teh Twinings perasa lain. Semakin selalu kini beli di Malaysia tetapi belum pernah terjumpa lagi teh hibiscus ini di Malaysia. Kalau Teh Twiningslah. Selalunya Su beli teh-teh England ini di Pasaraya Marceto Pavilion. Juga kita suka minum Teh Sabah berbungkusan hijau itu.

Singgah lagi sudut majalah. Kali ini deretan majalah dalam Pasaraya Coles Melbourne Central. Berkira-kira mahu beli satu dua majalah lagi. Majalah bertemakan wanita buat bacaan santai. Majalah-majalah selalu beli sedari masa muda-muda awal 20-an. Majalah mingguan seperti Woman's Day, Woman's Own, Woman & Home. Majalah-majalah seangkatan. Bagaimanapun kalau di Malaysia. Su lebih selalu beli majalah-majalah ini versi United Kingdom. Gamitan nostalgia mungkin.

Kalau majalah bulanan pula. Sampai kini. Su setia dengan Good Housekeeping. Masa di Sabah dulu. Memang berlanggan majalah ini dari England. Langganan terus dari penerbit majalah.

Woman's Own merakam kenangan istimewa dalam hidup. Majalah United Kingdom yang pertama beli di Aberystwyth pada tahun 80-an dulu. Rumah sewa No 4*, Bridge Street, Aberystwyth. SY23 IQB Dyfed. Masih ingat alamat rumah ini hanya dari ingatan. Tanpa merujuk lihat pada memana nota. Nota dalam kepala. Bagaimanapun Su boleh pula ingat-ingat lupa poskod rumah-rumah Aberystwyth tahun 90-an. Lebih ingat pada poskod rumah tahun 80-an. Bagaimanapun boleh saja tahu alamat lengkap semua rumah-rumah itu kalau menyelongkar surat-surat lama.

Kedai newsagent sebelum jambatan menghala Llanbardan Fawr. Kedai selalu Su singgah beli surat khabar dan majalah. Juga potato crisps dan coklat. Juga novel Inggeris.

Cerita kemudian-kemudian nanti tentang kenangan kedai newsagent nan satu ini. Sebelum meleret-leret entri dengan cerita nostalgia.

" Hii apa semua gambar kulit majalah ni. Cerita pasal dua pasangan Mak tak gemar ni. Orang Australia suka benar dengan diaorang ni. Tahun lepas pun rata-rata majalah sini dengan cerita pasal diaorang ni. "

Satu pasangan itu dengan bayi lahir di Namibia. Wanita itu dengan rekod selalu bercinta dan berjaya merampas, tunangan orang, kekasih orang, suami orang. Satu pasangan lagi itu dengan bayi comel bernama sama seperti awalan nama saya. Pelakon dengan rekod lebih dari sekali tinggalkan isteri kerana kekasih baru.

Sudahnya meninggalkan rak majalah tanpa beli walau satu pun majalah.


Sepetang autumn Kamil's Kebabs Melbourne Central
Originally uploaded by Ssuriha

Gambar kedua ini. Hidangan petang 13 April Melbourne sebelum singgah Coles. Bekas kopi panas itu. Su usung bawa pulang buat kenangan.

Panjang barisan menuju kaunter bayaran. Selang beberapa orang nun di hadapan kami. Seorang lelaki berwajah Melayu tetapi bukan orang Malaysia. Pasangannya perempuan orang putih. Berpeluk-pelukan bermesra-mesraan.

Beli dua beg Coles. Beg kempen kurangkan kitar semula sebagaimana dengan beg hijau pasaraya Gergasi di Malaysia. Satu beg berwarna ungu. Satu beg warna kuning pilihan Safura. Su beritahu gadis bertugas di kaunter bayaran. Itupun selepas ditanya gadis namanya Amanda itu. Beg-beg itu tidak mahu digunakan sebagai beg barangan kami beli. Beli beg-beg itu buat kenangan. Tidaklah kita beritahu tentang beli buat souvenir.

Bagaimanapun selepas keluar dari kedai. Barangan beli disimpan dalam dua beg Coles itu. Lebih mudah dari mengusung beberapa beg. Lainlah kalau berkereta.

Penat sampai terlupa singgah kedai donut Kreme Krispy. Mulanya bercadang beli donut ini sebagai buah tangan buat pasangan anakanda di rumah.

Alhamdulillah lega bila berada di dalam tren. Fikirkan selesai sudah perjalanan sehari ini. Oh ada lagi cerita yang tiadalah kita merancang. Sudah tertaqdir begitu.

Gambar bawah ini. Hidangan Kamil's Kebabs satu winter tahun lepas. Selepas wisata Melbourne Aquarium


Singgah makan Kamil's Kebab Melbourne Central
Originally uploaded by Ssuriha






Tetamu Rasanubari

13haribulan, aberystwyth, foodpics, melbourne, flickr, wales, makanmakan, wednesday, sembang, chocolates, magazines, sunday, nostalgia, 9haribulan

Previous post Next post
Up