![](http://farm3.static.flickr.com/2253/2447195261_068b43f5aa.jpg)
Selepas wisata Melbourne City Museum Originally uploaded by
Ssuriha Kembali kepada Melbourne City Museum. Hari minggu 13 April.
Kaunter resepsi Melbourne City Museum kecil comel berdekorasi hiasan dalaman serba coklat kayu padu beraura zaman dulu. Lembut serba klasik suasana bersesuaian dengan tema muzium. Penataan dekorasi sederhana namun menepati penimbulan aura tema.
Belum pun Su mula bertanyakan tentang tiket. Kata seorang petugas di kaunter tiket ini. Seorang wanita orang putih tinggi besar badan. Berambut panjang lurus sampai pangkal belakang. Lebih kelihatan besar tinggi menggalah kerana orangnya berdiri tepi. Berdiri di sebelah dalam kaunter resepsi. Kami diberitahu yang muzium ini tutup setengah jam. Su pula sebenarnya entah macam mana boleh tersalah dengar. Mungkin kerana penat usai mendaki jalan berbukit dan juga mulai terasa lapar. Su terdengarkan muziumnya tutup rehat setengah jam. Sebenarnya kami diberitahu yang muzium akan tutup lagi setengah jam.
Juga baru tahu kemudiannya. Lama selepas hari minggu 13 April ini. Tahu dari laman web muzium ini. Muzium ini tutup awal pada hari minggu.
Sempat kita bertanya kalau ada kafe di dalam bangunan muzium. Tiada kafe. Kata hati bila diberitahu tiada kafe. Aiseh tak de kafe lah pula.. Lapar ni. Sekurang-kurangnya kalau ada kafe kopi. Boleh juga minum kopi putih sementara menunggu masa mencari memana restoran selepas wisata muzium ini.
Juga Su bertanyakan kalau ada diskaun buat pemegang kad pelajar. Muzium Melbourne dan Immigration Museum. Ada diskaun buat pelajar walaupun pelajar dari Malaysia. Dua muzium itu. Suraya dapat diskaun harga tiket hanya dengan menunjukkan kad pelajar U**. Begitu juga diskaun buat Safura kala wisata Melbourne Aquarium. Idris tahun lepas belum 15 tahun. Masih dengan harga tiket bukan orang dewasa kalau di Melbourne ini. Kalau di Malaysia. Umur 13 tahun sudah bertiket harga orang dewasa.
Selalunya kita diminta tunjukkan kad pelajar bila minta harga diskaun pelajar. Jadi pada orang Malaysia berstatus pelajar di Malaysia kalau melancong pergi Australia. Jangan lupa bawa kad pelajar anda.
Petugas Su bertanyakan tentang diskaun tiket. Wanita ini lebih senior umur dari wanita menggalah tinggi itu. Petugas duduk di hadapan komputer tiket ini bertanyakan wanita tinggi itu. Wanita tinggi itu menggeleng kepala. Semua harga pukul rata tidak kira umur. AUD3 satu tiket. Jauh lebih murah dari harga tiket tercatat pada laman web muzium ini. Mungkin itu harga tahun lalu. Harga tercatat pada laman web muzium.
Selepas bayar AUD6 dengan not AUD20. Tiada tiket buat disimpan sebagai kenangan. Sekadar bil dan helaian kertas A4 melakarkan peta muzium. Petugas Su berurusan beli tiket ini berwajah serius tanpa secalit pun senyuman. Berbeza dengan wanita menggalah tinggi kelihatan lebih tulus mesra bermanis wajah. Wanita kami berurusan beli tiket ini menanyakan kalau kami pemastautin Victoria. Su berterus terang sajalah. Kami pelawat dari luar Victoria tanpa menyebut tentang kami dari Malaysia. Tidaklah pula ditanya kami datang dari negeri mana Australia ini. Wajah Melayu seperti kita ini kerap disangkakan orang Indonesia warga Australia. Gamaknya ada diskaun pada warga negeri Victoria.
Sempatlah lagi Su minta izin mengambil satu brochure tentang Melbourne City dari meja resepsi. Memang percuma pun brochure ini.
Selalunya Su simpan apa-apa tiket dan bil buat kenangan. Masih lagi simpan tiket-tiket muzium dan taman tema di United Kingdom juga Eropah. Masih simpan bil-bil pertama Mothercare tahun puteri sulung baru lahir. Masih lagi simpan bil Restoran Shiraz Kota Kinabalu pada kunjungan pertama kali Ti sekeluarga ke Kota Kinabalu hampir dua puluh tahun lalu. Masih simpan mug-mug kertas PVC minuman Cadbury Chocolate panas beli dalam keretapi. Tahun-tahun Su berdua dengan bayi sulung berulang selalu berkeretapi pergi England dari Wales. Masih simpan tin-tin besar coklat Van Houtens suami kita beli pada bulan madu kami. Masih simpan bil beli buku itu ini berpuluh tahun lalu.
Masih simpan kertas-kertas bungkus coklat bar Su beli dari satu pasaraya di Jalan Bukit Bintang pada tahun kita berumur hujung belasan tahun. Kenapa istimewa kertas bungkus coklat itu? Kerana petang itu Su beli coklat-coklat itu dalam perjalanan bertemu Ti di kampus UPM Serdang. Tahun itu Su berlatihan praktikal di Jalan Sultan Ismail. Zaman itu kampus UPM bagaikan kampus kedua.
Bukan pun boleh dibawa mati semua momento itu. Namun itu semua bakal diturunkan pada generasi seterusnya nanti. Kenangan bernilai sejarah keluarga terdahulu.
Petang di Melbourne City Museum.
Su mengenangkan setengah jam masa sementara menunggu muzium dibuka semula. Santailah kita meneroka kedai cenderamata. Old Treasury Gift Shop di sebelah kaunter tiket. Berkenankan kepingan fridge magnet gambar tram Melbourne. Sekali bila Safura bertanyakan bila kami mahu mula masuk muzium. Barulah kita tahu. Muzium akan tutup setengah jam lagi. Bukan tutup setengah jam. Gamaknya kerana lapar sampai tersilap dengar.
Mengenangkan hanya kurang dari setengah jam sebelum muzium tutup. Lalu wisatanya sekadar sambil lalu. Hanya susuri lawat singgah kamar-kamar pameran tertentu. Kami berkeputusan tidak turun menjengah dewan pameran stor ketulan emas di tingkat bawah tanah. Lagipun apabila terpandangkan tangga spiral putih menuju tingkat bawah, hilang semangat mahu ke dewan stor bawah tanah itu kalaupun punya masa. Baru terlihatkan tangga spiral berbelit-belit itu sudah terasa ngilu sakit kaki. Lainlah kalau ada lif.
Lagipun pandangan tangga menurun ke bawah tanah buat rasa semacam. Lain mungkin kalau tangganya menuju tingkat atas. Dewan pameran stor ketulan emas bawah tanah itu dewan lama sudah berusia lebih dari seratus tahun. Dewan tingkat basement sedari zaman awal kegemilangan penemuan emas di negeri Victoria ini.
![](http://bighugelabs.com/flickr/profilewidget/randomint/000000/ffffff/51035607552@N01.jpg)
![](http://m1.nedstatbasic.net/n?id=AB8KEAd5boCnPvR272urCTFm4+NA)
![](http://c3.statcounter.com/counter.php?sc_project=405589&java=0)
Tetamu Rasanubari