![](http://farm3.static.flickr.com/2061/2447171241_4b623c1cba.jpg)
Melbourne City Museum selambai pandang Originally uploaded by
Ssuriha Sambung semula cerita wisata Melbourne City Museum. Sebelum bercerita tumpahan sedikit daripada sendatan cerita menunggu terluah tumpah. Luahan sebahagian daripada bermacam-macam cerita ria terkini. Sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Kehidupan kita ini melestari beranika warna warni aktiviti memeriah sanubari waima sesekali berlagu gemalai melodi. Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah subhanahuwataala jua.
Malah berseri-seri berwarna-warni ini sedari enam bulan terakhir tahun lepas lagi. Semua seri bunga membuah sanubari terkini menuruti kudupan sedari penantian dari bukan satu hentian sedari cerita terawal. Alhamdulillah dengan sanubari kini. Semoga berpanjangan begini lestari nubari.
Alhamdulillah setiap satu cerita terkini berterusan dari cerita masa-masa silam ditempuhi pergi. Alhamdulillah dengan izin Allah subhanahuwataala berkisahan cerita kuat badan kuat hati buat pergi sana sini. Kuat melawan sanggahan tabah sesekali singgah.
Juga berupdatenya sambungan cerita Melbourne autumn April ini. Mahu lari dari mood sepulang dari Kota Kinabalu bersinggah kampung lembah berpanorama Gunung Kinabalu hampir semedangnya bertabirkan kabus putih itu. Mood sama serupa setiap kali melihat cerita baru terkini kampung itu pada setiap kali singgahan ziarah lalu.
Entri terakhir cerita wisata Muzium Perbendaharaan Emas Melbourne. Entri berkisah ibu dan puteri bongsu bergambar-gambar di hadapan muzium. Hari minggu dua bulan lalu.
Lebihlah dari sepuluh minit sesi bergambar. Antara sebab lama. Mahu menunggu sampai kosong lega pemandangan berlatar belakang hadapan pintu utama muzium. Pintu utama bertangga batu sepanjang hadapan bangunan muzium. Kosong dari ramainya pelancong bergambar di hadapan saujana utama berbelakangkan pintu utama muzium. Pintu besar tinggi warna merah hati. Tangga batu di sebelah kiri kalau dalam gambar tertera.
Selain dari kami. Ada beberapa grup pelancong Jepun dan grup pelancong orang Cina kelihatannya seperti bukan orang Cina Australia. Giliran pasangan muda Cina bergambar sebelum kami. Teman lelaki wanita Cina itu membimbit beg laptop. Lokasi bergambar pilihan ramai. Papan sendeng warna merah bercatat tulis nama muzium.
Melepasi pintu muzium berkayu tebal padu warna merah burgundi. Pandangan pertama. Kecilnya lobi.. Sempit kalau ramai menunggu beli tiket. Kaunter resepsi di sebelah kiri dari pintu utama. Seimbas pandang. Sebagaimana kaunter restoran-restoran besar di Malaysia. Hanya kaunter ini lebih rendah. Sebelum kami. Satu keluarga orang putih baru lepas beli tiket. Pasangan suami isteri tidaklah terlalu muda dengan anak perempuan kecil comel berumur mungkin lapan tahun.
Ruang lobi kecil. Tidaklah seluas selesa ruang lobi Immigration Muzium. Bagaikan langit dengan bumi kalau mahu membandingkan dengan keluasan ruang lobi lapang Muzium Melbourne dengan kaunter beli tiket berpulau di tengah ruang legar seluas dewan. Dewan dengan replika tulang dinasor mengingatkan kepada The Natural History Museum di kota London. Muzium kegemaran putera puteri kami lewat musim bermukim di tanah Wales dulu. Lobi menunggu Muzium Melbourne ini besar luas memanjang gaya dewan terminal lapangan terbang.
Su dan puteri kedua wisata Muzium Melbourne ini pada tahun lepas dengan pasangan anakanda dan Safiyyah ketika itu baru berumur tiga minggu. Enam hari sebelum cukup usia Safiyyah sebulan pada 29 haribulan Jun tahun lepas. Makanya lalu tercatatlah rekod keluarga. Safiyyah pertama kali pergi muzium kala berumur belum pun sebulan.
![](http://bighugelabs.com/flickr/profilewidget/randomint/000000/ffffff/51035607552@N01.jpg)
![](http://flagcounter.com/count/EI2b/bg=FFFFFF/txt=000000/border=CCCCCC/columns=5/maxflags=35/viewers=3/labels=1/)
![](http://c3.statcounter.com/counter.php?sc_project=405589&java=0)
Tetamu Rasanubari