Downloadfromnewhandphone@KLIASepang Originally uploaded by
Ssuriha Menunggu siang. Tidak sabar menunggu pagi.
Seminggu dua ini selalu bergelandangan pergi sana sini. Berulang selalu pergi utara. Sehari dua ini berurusan itu ini. Hanya beberapa hari sebelum terbang lagi. Macam-macam urusan perlu beres selesai sebelum terbang lagi. Sebelum terbang pergi Melbourne lagi.
Petang semalam. Pukul lima setengah. Pergi KLIA dengan Safura. Urusan buat visa pergi Australia. Hanya beberapa hari sebelum terbang.
Beli tiket malam semalam. Sebelum ini lama mahu confirm tarikh haribulan kerana mengenangkan urusan itu ini di Malaysia. Sebelum ini. Belum pasti tarikh pulang. Sudahnya terbang pulang awal dari rancangan asal mahu lebih lama di Melbourne kerana mengenangkan jemputan kenduri kahwin anakanda sulung Anizai. Mulanya berkira-kira mahu tunggu sampai lebih dingin Mei musim autumn Melbourne. Safura di Melbourne sampai winter. Sebagaimana Suraya autumn winter Melbourne tahun lepas. Kali ini giliran Safura pula bercuti dari short semester satu setengah bulan lama. Suraya pula mungkin mengiringi suami kita pergi Melbourne pada hujung tahun ini. Mudah-mudahan InsyaAllah.
Besar hati mahu mengiringi pergi sampai Kota Bharu. Mengenangkan dulu Anizai sekeluarga mengiringi kami sampai Ipoh. Kebetulanlah pula petang semalam terima jemputan kenduri kahwin anakanda sulung seorang lagi sepupu. Sepupu di Johor Bahru. Baru tahu sepupu ini baru berpindah ke Johor Bahru. Bertambah ramailah suku-sakat keturunan Nenda H di Johor Bahru. Kebetulanlah pula semuanya sekitar Skudai.
Selepas pertama kali berurusan kenduri kahwin cahayamata. Barulah kita tahu. Bagaimana besarnya hati tuan rumah bila tetamu hadir memenuhi jemputan undangan. Lalu selepas perkahwinan puteri. Seboleh-bolehnya Su usaha hadir memana jemputan. Hujung minggu lalu. Hari Sabtu 5 April. Hadir kenduri kahwin anakanda sulung kekanda sepupu nun di Taiping. Sebulan dua ini. Musim kenduri kahwin anakanda saudara. Teruja gembila bersyukur bila hadir kenduri saudara mara. Bertemu ramai saudara mara.
Sampai pejabat tiket MAS KLIA pukul 6.45 petang. Tiket nombor B254. Tiket menunggu giliran. Hanya lima minit menunggu. Sampai giliran. Su tanya petugas kaunter 7. Petugas trainee. Saya dengan electronic ticket. Bolehkah buat visa di situ. Tanya trainee itu. Mahu check in? Terangkan sekali lagi. Mahu tanya kalau boleh buat visa. Bukan check in. Lamanya berdiri. 35 minit berdiri. Kemudiannya selesai urusan visa Safura selepas Maghrib. Selepas kami diminta duduk dulu. Selepas kami duduk menunggu lebih kurang setengah jam lama. Lalu jumlah lama masa menunggu. Lebih dari satu jam lama. Kalau dulu-dulu. Urusan mohon visa ETA ini. Kurang dari setengah jam. Ini bukan pertama kali cerita mohon visa di pejabat ini.
Komen Safura. Tahun lepas. Lima passport. Pejabat MAS Putrajaya. Hanya beberapa minit saja urusan visa ini. Ini hanya dua passport.
Lama kali ini mungkin kerana berurusan dengan staf trainee. Lama tidak mengapa asalkan staf berbudi bahasa menyenangkan hati. Memang pun staf trainee kami berurusan petang ini manis berbudi bahasa.
Selepas selesai urusan visa Safura. Su diminta menunggu dalam 20 minit lagi. Katanya menunggu jawapan dari kedutaan Australia. Kak pergilah dulu sementara menunggu. Kalau nak pergi surau ke.
Kami pergi makan dulu. Safura sudah solat sementara tadi Su menunggu. Makan di Asian Cafe sebelah surau terminal berlepas antarabangsa. Asian Cafe dulunya Suria Cafe.
Makan Nasi Lemak Rendang Daging dan Chocolate Muffins. Nescafe Ais pilihan musim panas begini. Safura makan Nasi Lemak Rendang Ayam. Nescafe panas pilihan Safura selalunya memilih minuman dingin.
Pergi semula pejabat tiket MAS selepas pukul lapan setengah. Su mulai penat berulang sana sini. Safura pergi kaunter 7. Tanya tentang urusan visa tadi. Selesai selepas lebih kurang setengah jam Safura lama berdiri menunggu. Lega bila Safura angkat ibu jari sebagai tanda bagus. Bagus kerana selesai urusan. Lega selepas berurusan dari pukul 6.45 petang sampai baru selesai urusan selepas pukul sembilan malam.
Pulang dari KLIA Sepang. Kepenatan teramat lalu terbatallah rancangan mahu singgah Alamanda. Mahu beli sepatu baru sebelum terbang.
Singgah Restoran Yus Bandar Baru Bangi selepas pukul sepuluh malam. Minum ABC sementara menunggu Meehoon Goreng bungkus dipesan suami. Minta ABC tanpa ais krim. Mungkin pekerja Indonesia itu kurang faham. Semua kategori krim ditiadakan langsung. Tiada krim susu. Tiada krim jagung. Hanya siraman sirap merah.
Sampai rumah. Kepenatan. Tidur sampai pukul tiga setengah pagi. Tidur mimpi macam-macam. Tidur bermimpi mengaji Al Quran walhal kita dalam masa haram pegang kitab Al Quran.
Pukul empat pagi. Kemas beg sandang. Mahu simpan salinan tiket dan pasport. Periksa passport. Baru perasan. Passport Su berkepilkan keratan check in status. Bukan entry status masuk negara Australia. Oh sudah. Trainee itu tersilap kerja? Saya yakin itu bukan keratan status visa. Itu keratan status check-in dengan catatan OK TO BOARD. Saya bayar RM15 untuk mohon visa pergi Australia. Bukan check-in.
Sebelum ini percuma urusan visa ETA. Kali ini perlu bayar RM15 kerana buat pertama kali urusan beli tiket melalui internet dengan status tiket elektronik. Bukan tiket biasa dengan kertas merah MAS perlu ambil di pejabat MAS seperti kebiasaannya sebelum ini.
Oh sudah. Siang ini perlu pergi KLIA lagi. Walhal ingatkan pagi ini mahu pergi Shah Alam. Ziarah saudara sepupu sakit diserang angin ahmar.
Aduh. Tiga tahun berturut-turut berurusan buat visa pergi Australia di pejabat tiket MAS. Ini pertama kali dengan pengalaman sebegini. Silap Su juga. Selalunya Su pastikan benar betul segala klip dan keratan kertas urusan sebelum meninggalkan pejabat MAS atau pejabat imigresen dan yang seangkatan. Kali ini kerana penat. Hanya sambut simpan passport dari Safura selesai urusan di kaunter 7.
Harap-harap siang nanti di pejabat MAS berkaitan, saya tenang jangan marah-marah. Setiap satu mesti bersebab kenapa. Mungkin ada hikmah di mana-mana. Mohon Allah Subhanahuwataala mempermudahkan urusan.
Gambar dari telefon bimbit baru beli. Gambar hanya 2 mega pixel. Pilihan kerana mencari telefon bimbit 3.5G. Suami pula baru beli GPS dengan kamera 3 mega pixel pada minggu lepas. Komen kita. Harga GPS macam harga laptop. Telefon bimbit baru Su itu. Beli pada hari minggu kelmarin. Telefon baru sebelum terbang.
Tetamu Rasanubari