Terlalu bersusun kenangan peristiwa selepas kini lebih dari tiga minggu beredar hari cuti-cuti Melbourne autumn ini. Terlalu berencam bauran rasa dan peristiwa sampai kurang pasti mana satu perlu dicerita catat. Berkeputusan dengan perkhabaran berita pada 29 Mei baru-baru ini. Peristiwa sepagi satu hari Selasa lebih dari dua minggu lalu. Update pada 14 Jun sehari selepas sambutan hari ulang tahun puteri kedua. Sambutan kali ini di Melbourne awal musim winter berterang benderang hari bersinar matahari.
Pukul lapan pagi autumn cerah terang. Panggilan telefon dari hospital. Panggilan telefon dari Naza. Berita ditunggu nanti. Naza sebenarnya sudah SMS awal subuh tadi. Hanya Su terlepas pandang SMS ini. Malam tadi tidur awal kepenatan amat. Juga tidaklah terpandang SMS ini seawal bangun pagi walaupun telefon bimbit hanyalah di sebelah bantal. Terlalu penat mungkinnya sampai kurang perasan.
Menunggu-nunggu sebenarnya kalau-kalau malam tadi perlu pergi hospital. Malah sedari sehari sebelum semalam. Su dan Suraya sudah bersedia pakai pakaian keluar rumah kalau-kalau kami berdua perlu pergi hospital. Tahu-tahu semuanya sudah selamat. Pun begitu bersyukur lega menguasai rasa.
Sampaikan berita terkini pada putera di sebelah ibu di katil sofa. Putera sampaikan berita pada dua orang puteri di kamar tetamu. Kedengaran jeritan teruja puteri bongsu namun jeritannya masih bernada perlahan. Oh No! I'm now an auntie!
Masing-masing teruja bersulam syukur. Apa panggilan mahu dipanggil. Merasa masih muda kurang indah pendengaran dipanggil makcik atau auntie. Beberapa orang ibu saudara Su berumur 40-an dibahasakan kakak oleh saudara-saudara sepupu sebaya Su. Terbiasa sedari kecil. Idris pula bergurau menanya. Bolehkah dipanggil abang bukan pakcik atau uncle. Su dan suami dipanggil uncle dan auntie kalau disebelah suami di Kota Kinabalu sana. Pun semua ini sebenarnya lebih kepada bergurauan senda bernada teruja. Sebelum bertentang mata dengan anakanda saudara pertama.
Kita pula diketawakan bersenda gurau kerana kini sudah berpangkat opah. Waduh sudah opah kita ini. Terujalah kita mengomen. Kita memegang rekod terawal antara sesama sahabat rapat. Bercucu kala berumur pangkal 4. Pun begitu mana boleh lawan rekod dipegang oleh seorang sahabat karib ini. Bercucu kala baru memasuki umur 40. Sahabat ini beranugerah dua cucu sebelum anakandanya tamat pengajian. Puteri sulung sahabat ini berkahwin kala berumur lapan belas tahun ketika masih berkursus matrikulasi.
Apa-apa pun bersyukur semuanya selamat. Hanya sedikit ralat kerana tidaklah seorang pun dari kami menemani puteri sulung pada saat-saat melahirkan. Mengikut rancangan awal sebelum datang Melbourne. Menurut permintaan puteri sulung. Memana dua dari kami menemani Khadijah di kamar bersalin selain dari Naza. Safura bersedia ikut. Kita pula was-was bernada ragu-ragu. Bimbang ngeri pilu dan sebagainya. Pun tetap bersedia pada sebarang kemungkinan. Bagaimanapun memanglah sudah tersurat sebegini cerita. Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi semuanya kini selamat. Inilah sebab-sebabnya cuti Melbourne kali ini lebih lama. Mei sampai Julai.
Sebagaimana disangka diduga selama ini. Juga sebagaimana di dalam mimpi-mimpi. Khadijah selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 2.45 pagi sehari selepas hari ulang tahun Khadijah. Cucu pertama dalam keluarga Su. Cicit pertama keluarga sebelah Su. Su bertiga saudara bercucu kala berumur 40-an.
Bagai satu kemenangan Su dari Ti dan ramai sahabat karib kami. Su bergelar opah kala berumur 40-an. Ti hanya muda setahun dari Su beranakanda sulung lelaki baru berumur 18 tahun. Anakanda lelaki mungkin lambatlah lagi menghadiahkan Ti menantu. Begitu juga dengan ramai sahabat karib yang rata-ratanya belum pun bermenantu.
Juga sebagai rekod keluarga kami. Kami suami isteri bercahayamata sulung kala kami berumur beberapa tahun lebih muda dari umur pasangan anakanda pada pada hari ini. Suami kita memang muda kala bercahayamata sulung. Sahabat-sahabat masih ramai belum graduate. Member sudah bercahayamata. Kini suami bolehlah dilabelkan sebagai pelopor antara sesama sahabat karib suami. Bercucu kala berumur 40-an. Pelopor paling awal bercucu. Kecuali suami kepada sahabat Su bercucu pada umur 40 tahun itu.
Sebagai merekod cerita. Khadijah sepatutnya melahirkan pada 24 Mei. Mula bersedikit pendarahan tanpa rasa sakit pada hari Jumaat malam Sabtu. Sehari selepas 24 Mei hari sepatutnya bayi lahir. Hari paginya Su santai di laman merakamkan gambar bunga. Hari bermasakan Gulai Kurma Ayam. Hari menunggu-nunggu.
Hari Sabtu malam minggu. Khadijah mulai bersakit-sakitan. Bagaimanapun kontraksinya belum regular. Sanubari rasa ibu menunggu-nunggu masa bersalin puteri sulung. Dalam masa mengira hari menunggu ketibaan dua lagi cahayamata dari Malaysia.
Hari minggu malam Isnin lalu. Hari dua cahayamata terbang dari Malaysia. Awal pagi sebelum subuh. Khadijah berendam dalam tub mandi. Menahan sakit. Pagi Isnin itu Khadijah pergi hospital berseiringan dengan Su dan Suraya pergi Lapangan Terbang Melbourne. Mulanya Khadijah sakit amat sebelum subuh. Menurut orang hospital. Perlu menunggu pukul enam pagi kerana tiada kekosongan kamar bersalin. Pulang petang kerana belum regular kontraksi dan masalah kepala bayi mengadap belakang.
Fikir sendiri kala tahu masalah kurang kamar bersalin subuh itu. Bagaimana kalau sudah berkeadaan bayinya sudah terlalu mahu keluar. Kes kurang kamar bersalin ini mungkin kerana rendah kadar kelahiran negara ini.
Malam Selasa hari Isnin lalu. Hari lima sahabat Khadijah bertandang datang. Khadijah menahan sakit. Naza bagaikan menahan tangis. Malamnya selepas Naza melafazkan ucapan Happy Birthday. Khadijah termuntah dan kontraksi kurang lima minit selepas pukul sepuluh malam. Pasangan anakanda bergegas pergi hospital selepas menelefon hospital. Bagaikan drama tv. Kala Naza cemas menelefon hospital. Kala itulah telefon bimbit Naza terhabis bateri.
Naza meminjam pakai telefon bimbit Su sedang makan nasi di ruang makan. Tiga lagi cahayamata berehat di kamar tetamu selepas makan malam. Idris baru bangun tidur selepas tidur awal malam di katil sofa ruang tamu. Idris masih jetlag.
Semalaman berdoa berharapan mudah-mudahan semuanya mudah. Juga baru tahu hari ini. Malam tadi Khadijah pergi hospital. Sudah 9 cm terbuka mulut rahim. Kus semangat. Bayi hanya menunggu masa melihat dunia.
Alhamdulillah berita awal pagi buat semua lega bernada syukur pada Ilahi. Alhamdulillah selamat kini semuanya selepas kiranya tiga hari ibu bayi menahan sakit. Alhamdulillah syukur bukanlah kelahiran memerlukan pembedahan. Bukan kelahiran secara terpaksa sebagaimana dikhuatiri pada mulanya. Pagi terang terasa bagaikan pagi hari raya.
Kelakar bila diingatkan. Sepanjang malam tadi selain dari mendoakan keselamatan. Juga berharap-harap semoga bayi ini lahir sebelum pukul 12 malam. Supaya sama hari ulang tahun bayi dengan ibu pada 28 Mei. Tertaqdir bayi ini lahir sehari selepas harijadi ibu. Lahir pada 29 Mei. 29 berjumlah 2. Lembut tetapi tegas keras kemahuan dan azam.
Pagi pasangan anakanda tiba hospital Isnin lalu. Mengomenlah Su buat pendengaran MN selepas kereta beransur meninggalkan hospital. Semasa di Wales. Terkejutnya kita bila sampai hospital. Hospital Bronglais Aberystwyth. Sebelum itu suami sudah menelefon hospital tentang kami beransur meninggalkan rumah pergi hospital selepas kontraksi mulai berkadar tetap setiap kurang lima minit. Sampai kereta di pintu kecemasan wad bersalin. Menunggu beratur para bidan dan doktor. Doktor bukakan pintu kereta. Kita ditolak dalam kerusi roda. Layanan memang kelas satu. Berbeza dengan pagi sunyi pasangan anakanda tiba Monash Medical Centre pagi Isnin kelmarin.
Begitu juga waktu keluar dari hospital. Doktor, bidan, misi dan health visitor. Semuanya datang beratur sederet mengiringi sampai pintu kereta. Sekali lagi doktor bukakan pintu kereta. Lambaian kala kereta meninggalkan hospital.
Berceritalah lagi kita pagi itu dengan MN pun pernah menetap di Britain semasa kecil. Ada beberapa sahabat Su pernah melahirkan deretan cahayamata di berbagai negara. Misalnya seorang sahabat di Kelang ini. Pernah melahirkan anak di London, seorang anak lahir di Amerika Syarikat, seorang anak lahir di Australia. Pengalaman layanan kala melahirkan di England paling istimewa layanan kemanusiaan.
Begitulah juga dengan pengalaman beberapa orang sahabat lain pernah melahirkan cahayamata di beberapa negara. Ijazah pertama negara lain. Ijazah sarjana di negara lain. PhD negara lain. Amerika Syarikat lebih ke hadapan dari segi teknologi perubatan. Australia bumi hangat selesa cuaca. Bagaimanapun United Kingdom lagi bagus layanan kemanusiaan dan prihatin keinsanan setulus dedikasi. Ini berkebetulan sepengalaman dengan sahabat-sahabat selagu pandangan kehidupan.
Apa pun lain orang lain pengalaman mengikut nasib masing-masing. Juga lain persepsi dan ukuran selesa mengikut ukuran pilihan masing-masing.
Tetamu Rasanubari