![](http://farm2.static.flickr.com/1026/539468894_5ed141dde3.jpg)
Masih kisahan 28 Mei hari ketibaan dua cahayamata dari Malaysia. Hari menyambut dua cahayamata dari Lapangan Terbang Melbourne di Tullamarine utara barat Melbourne. Hari bersambutan hari ulang tahun puteri sulung. Pagi meriah bertemu berbaur rasa harapan. Catatan lewat dua minggu selepas tiga minggu berlalu cuti-cuti Melbourne kali ini.
Sampai laman rumah nombor 4 bertanah landai di atas bukit rata berpandangan mata ini pada kuntuman ranggi harum bunga mawar warna merah jambu lembut. Bersinggahan pandangan pada beberapa batang pohon bunga mawar warna putih kekuningan. Namun rimbunan bunga mawar merah jambu lembut lebih menguasai pandangan laman.
Sesi meriah bergambar dua puteri berwajah ceria senyum bersenang hati seusai berlalu pergi MN berkereta Suzuki Swift berwarna biru. Puteri anggun gemilang baru tiba berseri comel senyum bergaya meriah hati. Sesi bergambar berlatar belakang laman berbunga mawar musim luruh. Semeriah gembira hati ibu ini. Meriah gembira berlagu bersyukur bertemu berkumpul datang dua lagi anakanda permata ibunda.
Safura berjaket warna kelabu pinjam dari kekanda sulung. Jaket dipakai pinjam sejurus keluar dari Terminal Antarabangsa Lapangan Terbang Melbourne. Antara pesanan Safura kala menelefon sebelum terbang dari KLIA. Jangan lupa bawa jaket kekanda sulung mahu dipinjam pakai. Sebelum terbang. Dua puteri diberi wang buat beli jaket. Suraya beli jaket denim putih dari Sogo. Safura menggunakan duit jaket buat beli beg sandang. Sampai saat mencatat ini. Kurang perasan mana satu beg baru beli itu.
![](http://farm2.static.flickr.com/1225/539556351_d03ab3e24d.jpg)
Antara aktiviti pertama sejurus selepas berkumpul dengan tiga cahayamata di ruang tamu rumah. Melihat apa dibawa dari Malaysia. Tiada bungkusan makanan sebagaimana dipesan. Satu barangan lama Idris semasa di Wales dulu. Barangan berwarna biru beli di Carmathen satu hari terang musim winter bersederhana dingin. Awal winter Wales tahun kelahiran Idris. Masih ingat peristiwa meriah namun tenang hari mencari barangan itu.
Safura serahkan wang kiriman suami pada kita dan puteri kedua. Suraya pun menerima tambahan wang dari ayahanda. Juga sedikit kiriman dari ayahanda buat puteri sulung. Laptop baru sampai dari Malaysia. Seminggu berpisah dengan laptop ini. Seminggu ini menggunakan laptop Suraya bawa dari Malaysia.
Sembang itu ini. Menanyakan Safura bagaimana dengan urusan di kaunter imigresen. Alhamdulillah semuanya mudah. Tanpa satu pun soalan dari pegawai berurusan. Hanya passport Safura perlu diimbas komputer sekali lagi. Imbas skan sekali lagi nun di meja komputer lain di belakang deretan kaunter imigresen utama. Sebagaimana dengan passport Suraya. Passport Safura pun baru diperbaharui beberapa minggu lalu.
Komen kita. Entah-entahkan lelaki yang sama pada pagi Su dan Suraya berurusan di kaunter imigresen. Lelaki serius diam membisu kala bertugas memeriksa passport tanpa sepatah tanya. Berwajah serius namun sebenarnya bersenyuman terkawal kala menyapa hi sapaan hello orang sini.
Juga Alhamdulillah segalanya selesa dalam penerbangan. Safura duduk di kerusi tepi tingkap. Bagaimanapun hanya berpandangan Melbourne kala pesawat mahu mendarat bila penerbangannya malam sampai awal pagi.
Sepanjang perjalanan. Idris main game dari layar interaktif atau tv kecil pesawat. Lupa menanya bagaimana dengan Safura. Tidur atau melayan tv. Sebagaimana kata selalu cahayamata bila ditanya. Ibu selalu bagaikan wartawan. Mahu tahu itu ini. Bukan apa. Mahu tahu tahap keselesaan anakanda.
Pilihan makanan. Kedua-dua cahayamata berpilihan santapan hidangan Daging Lamb Dengan Kentang Kukus. Sebagaimana hidangan pilihan Su dan Suraya pada malam penerbangan kami 20 Mei lalu. Semua kami berempat mengomen sedap makanan ini. Akhir-akhir ini makanan dalam pesawat MAS kurang lazat seperti zaman dulu-dulu. Bukan selalu lagi berhidangan makanan MAS sesuai selera Malaysia.
Tiga cahayamata bersarapan pagi. Apalagi kalau bukan Roti Bakar sapu Coklat Nuttella. Kita pula mengadap laptop di atas katil sofa di ruang tamu. Muat turun semua gambar Melbourne. Suraya mengomen penuh memori laptop member dengan gambar-gambar Melbourne ibu. Sebenarnya Suraya kurang selesa kalau ibu menjengah koleksi gambar peribadi tuan punya laptop.
Suami menelepon lewat pagi masih awal pagi Malaysia. Sudah dikirim pos laju lesen memandu Suraya. Juga suami membatalkan rancangan mahu ke Terengganu sepatutnya bermula hari ini. Lalu sebermula hari ini. Termangu-mangulah suami kita seorang diri di rumah. Itu hanya andaian kita dan cahayamata. Mungkin pada kekanda. Sesekali selesa indah bersendirian seorang diri. Juga ini hanyalah andaian belum tentu benar.
Panggilan telefon dari Naza kala Su masih sedang berurusan muat turun gambar sudah bersusun walaupun baru seminggu cuti-cuti Melbourne tahun ini. Pasangan anakanda bakal pulang dari hospital petang ini. Mulanya memikirkan hari ini bakal berkeputusan utama tanpa pulang anakanda dari hospital.
Pulang Naza dan Khadijah lewat petang. Berkumpul bertemu berlima ahli keluarga dengan Naza kecuali kekanda kita tinggal seorang di Malaysia.
Mulanya Khadijah menelefon minta Suraya atau Safura datang menjemput. Masalahnya kedua puteri ini lesen memandunya di Malaysia. Komen Safura. Boleh memandu. Bagaimanapun ingat pesan Kak MN. Pandulah tanpa lesen kalau mahu masuk penjara Australia. Lalu Naza pulang berjalan kaki dari hospital. Pulang mengambil kereta.
![](http://farm2.static.flickr.com/1241/539468892_4b03ae699d.jpg)
Awal Maghrib. Ketukan di pintu. Naza beritahu ada ibunya bayi Z di muka pintu. Kita bukakan pintu. Nadia dan lima lagi kawan. Mahu berkenal dengan ibu Khadijah. Catatkan nama mereka ini buat ingatan. Nani. Eli dan Shaf. Ada seorang lagi. Lupalah pula nama kala mencatat ini walaupun ingat rupa. Semuanya pelajar perubatan kecuali Nadia sudah graduate tetapi menunggu suami belum tamat pengajian. Kita menegur masih ingat Shaf hadir majlis kenduri kahwin pasangan anakanda di Kelab Danau UKM.
Juga Su mengomen masih ingat wajah Nani dalam gambar beramai kumpulan kursus induksi perubatan sama batch dengan pasangan anakanda. Ramah berhemah Nani ini.
Juga Su bercerita tentang gurauan kami kala kami sekeluarga menatap gambar-gambar terawal puteri sulung semasa baru sampai Melbourne.
Tanpa hidangan kerana tetamu beralasan sudah kenyang. Walhal sebenarnya dapur beraroma harum masakan Rendang Ayam masih di atas dapur. Rendang Ayam mudah tanpa kerisik dan tanpa cukup bahan. Sebaliknya tetamu bawa hidangan. Lima bekas Nasi Lemak Bersambal dengan Ayam Goreng besar ketulan.
Bayi Z memandang bagaikan kaget bila kita menegur sapa. Berubah sedikit wajah bila kita mula pakai tudung hitam. Sebelum ini dua pertemuan dengan Su memakai tudung hitam.
Beransur pulang lima tetamu ini sebelum Isya'. Seperti biasa. Mengiringi tetamu sampai muka pintu. Khadijah tidak keluar dari kamar beradu. Bersakit-sakitan buat kita turut merasa sakit. Mohon sahabat-sahabat Khadijah ini turut mendoakan semoga Allah taala mempermudahkan semua.
Juga doa khusus ibu ini selepas solat Maghrib dan solat Isya'.
Keluar Khadijah makan Nasi Lemak lebih kurang setengah jam selepas tetamu pulang. Tiba-tiba Khadijah kembali sakit selepas makan. Sakit semakin kuat selepas pukul 10 malam. Khadijah dan Naza beransur ke hospital semula. Malam ini pasangan anakanda bermalam di hospital hanya sepelaung dari rumah.
Manakala Su pula malam ini. Malam ini Idris tidur berbantalkan lengan ibu. Su dan putera hati tidur di katil sofa di ruang tamu. Barulah terasa hangat selepas beberapa malam berdingin kamar tetamu. Ruang tamu lebih selesa nyaman dengan heater lebih panas selesa. Bagaimanapun terasa berlebihlah pula panasnya sampai Idris mengadu panas tanpa perlu pakai selimut.
Kita pula mulai malam ini berselimutkan sleeping bag nipis kita dibawa dua cahayamata dari Malaysia. Sleeping bag nipis warna hijau celorong celoreng tentera. Selama ini memang sleeping bag ini selalu diusung buat dipakai sebagai selimut bila bermusafir. Sleeping bag beli dari satu pasaraya di bandar Gerik. Pasaraya mengadap satu hotel.
![](http://bighugelabs.com/flickr/profilewidget/randomint/000000/ffffff/51035607552@N01.jpg)
![](http://flagcounter.com/count/EI2b/bg=FFFFFF/txt=000000/border=CCCCCC/columns=5/maxflags=35/viewers=3/labels=1/)
![](http://c3.statcounter.com/counter.php?sc_project=405589&java=0)
Tetamu Rasanubari