Alhamdulillah berempat kereta dari Tebrau City ke Danga Bay. Pandangan meriah redup hati. Pandangan dan situasi digemari meriah hati semua anakanda. Meriah berkumpul sesekali. Pertemuan berkumpul harmoni berlambaian pawana tanjung puteri. Semoga berterusanlah hendaknya pertemuan berkumpul buat meriah hati sebegini hanya dengan izin Ilahi. Meriah hati sanubari hanyalah dengan izin Ilahi.
Putera mahkota hati entah berapa kali berkisah pada ibu bagaimana meriahnya hati mengenang memori bergerombolan berkereta begini. Bergerombolan beramai begini dengan keluarga ibu di Johor Bahru rutin selalu musim Aidilfitri. Beginilah selalunya pandangan bergerombolan kereta kami bertiga saudara keluar jalan-jalan musim hari raya meriah sentosa.
Pun begitu paling indah pandangan di mata dan hati - pandangan bergerombolan tujuh kereta dari Bangi ke Ipoh pada hari walimah puteri di Ipoh 1 Januari 2005.
Kereta ungu muda Muzaffar mengetuai deretan empat kereta. Kereta kuning krim Johan mengikuti kereta Muzaffar. Kereta kami mengikuti kereta Johan. Kereta hijau dipandu suami paling di belakang. Begitulah selalunya bila kami bergerombolan. Kereta dipandu suami selalu berkedudukan paling belakang. Kecuali kalau destinasi perginya hanya suami yang lebih tahu.
Lalu sekitar mukim rumah lama Bonda. Mukim berpandangan lalu rumah pertama Bonda di bandaraya jauhari meriah permai ini pada tahun kami baru berpindah dari Kuala Lumpur. Kurang pasti samada Muzaffar dan Ti sengaja memilih laluan ini kerana kenangan rumah ini. Rumah dulunya mengadap sekolah rendah. Kini berdiri sebuah sekolah menengah di sebelah sekolah rendah ini. Redup pandangan mukim berkenangan silam itu. Sementelah lalu kala hujan petang meredup hari.
Makanya berkisahlah Bonda kita pada dua puteri. Su menambah cerita. Kisahan lama bertahun-tahun lalu. Kisahan lama kala bermusim sebu kalbu.
Kisah satu malam Su tiba dari Kuala Lumpur menaiki tren malam Ekspres Rakyat. Sampai Johor Bahru pukul 12. Menaiki bas terakhir dari Johor Bahru ke Tebrau ini. Stesen bas di tepi Sungai Segget. Turun tepi jalan bergelap gelita tepi ladang kelapa sawit lewat tengah malam tidak ditunggu sesiapa. Kejutan kedua selepas tiada sesiapa menunggu di Stesen KTM Johor Bahru malam pertama kali sampai. Walhal sebenarnya sudah diberitahu tentang kepulangan Su malam itu.
Su minta bantuan konduktor bas mohon turunkan Su di alamat tercatat pada nota. Berkejutan turun dari bas di tepi jalan gelap jauh dari perumahan. Jalan sunyi di tepi ladang kelapa sawit. Rumah dalam alamat sedikit jauh dari hentian bas di tepi jalan. Perlu menyusur lorong kecil ke perumahan tercatat pada alamat.
Su mencari masjid berlampu terang beberapa meter dari hentian bas bergelap gelita tanpa lampu jalan. Masjidnya dikunci malam. Bersalawat dan berdoa itu ini. Mohon Allah taala bawalah Su kemana destinasi selamat. Melangkah kaki dengan berkeyakinan Allah taala pimpinilah ke destinasi selamat hanya dengan izin Allah taala. Melangkah dalam gelap namun berkeyakinan Allah taala Maha Mendengar doa hamba-Nya dalam situasi berserah begitu.
Itu hari pertama Su sampai Johor Bahru selepas singgahan terakhir ke Johor Bahru pada tahun berpindah dari Singapura ke Malaysia. Sebelum itu kami sekeluarga di Kuala Lumpur. Bapa tiri kami baru bertukar kem ke Johor Bahru. Hari pertama berkeretapi ke selatan selepas bertahun-tahun menaiki bas mini ibukota. Shimah meneman Su mendapatkan tiket konsesi KTM dari pejabat hal ehwal pelajar.
Su hanya tahu alamat rumah baru Bonda di bandar baru ini dari Ti di kampus UPM. Berbesar hati pulang ke rumah ibu. Walaupun sebelum itu berkisah kelabu di rumah tepi lebuhraya. Kelabu kisah selepas muncul Nenda H dan saudara-mara Ayahanda di muka pintu. Betapa hati marah ibu itu bergetis merah menyala. Hanya ekoran munculnya saudara-mara bekas suami ibu itu bersabitan mencari saya.
Sampai satu rumah papan besar masih bercahaya lampu. Rumah bertiang tinggi di tepi sungai. Su beri salam dan ketuk pintu. Bercerita Su di atas tangga. Berkisah mencari rumah sekian-sekian. Alhamdulillah Su ditemani dua anak teruna keluarga ini mencari rumah baru Bonda masih sekampung situ.
Pada mulanya dua orang anak teruna lebih kurang sebaya-baya usia Su waktu itu, merungut malas kerana sedang mengadap tv. SBC siaran lewat malam. Ibu bapa dua orang pemuda ini mengerah mereka berdua menemani Su mencari rumah seperti tercatat pada nota dibawa sedari menaiki bas malam. Bas terakhir malam itu dari Johor Bahru ke mukim Tebrau yang itu. Mukim itu zaman itu masih bersuasana kampung bandar.
Alhamdulillah malam itu selamat Su bertemankan dua pemuda ini ke rumah Bonda. Sampai rumah Bonda lewat pukul 1 malam. Sekalung budi ingatan berterima kasih sampai kini Su kepada keluarga rumahnya di tepi sungai ini. Mahu Su mencari kelibat rumah keluarga ini kalau berkesempatan lagi lalu sini pada lain kali.
Kalau zaman kini. Gerunnya kalau memana puteri kami ditemani dua lelaki asing seperti ini ditengah malam begitu. Malah dengan wanita asing pun masih boleh dicurigai. Dulu-dulu lebih selamat dari hari ini. Bukannya tiada kisah gerun. Namun kurang selalu kedengaran seperti masa kini. Dulu-dulu kalau di Johor Bahru kami sekeluarga lebih selalu berperistiwa diminta duit tambang bas oleh 'mamat-mamat gian' di hentian bas. Kini malam di Johor Bahru masih fobia dengan kes kecurian rumah Ti beberapa tahun lalu itu. Fobia melekat kuat sampai kini.
Su sebelum itu mengirim telegram kepada Bonda sebelum berkeretapi hari itu. Entah bagaimana telegramnya tidak sampai ke tangan Bonda. Telegram dikirim ke alamat kem askar. Zaman itu selalunya kami saling mengirim telegram kalau mahu sampaikan berita penting secepat mungkin.
Rumah sewa berhampiran sungai ini masih terkelihatan sedikit kelibat diperjalanan petang ini. Tahun itu tahun sedih sayu namun melatih cekal hati. Pun begitu semua kisah itu membawa kepada cerita hari ini. Perkahwinan di rantauan adalah susulan dari lanjutan kisah keluarga di situ. Berpanjangan kisah pahit dari Kuala Lumpur. Pahit manis buat menambah siri latihan kehidupan.
Lalu pula mukim rumah lama Bonda selepas peristiwa bapa tiri berkahwin satu lagi. Nostalgianya kala terlihat laman-laman perumahan situ. Rumah taman dibina di atas bekas kuburan lama. Rumah Su pulang dengan suami dan puteri baru berumur kurang dua minggu. Tahun Ti berpraktikal mengajar di sebuah sekolah menengah ternama di Johor Bahru. Tahun Johan tahun 1 UM. Tahun kami suami isteri dan puteri sulung terbang ke Wales. Tahun kami suami isteri lebih muda dari usia hari ini pasangan anakanda di Melbourne sana.
Pun begitu peristiwa silam itu semuanya bermanis memori tersendiri bila disusur kenang kembali. Hidup ini lebih indah kenangan bila bersulam pancawarna melodi kehidupan. Setiap lagu kehidupan bersiratan hikmah yang tersendiri.
Gambar kala bergerombolan empat kereta menyusur lalu mukim berpandangan rumah lama Bonda pada tahun kelahiran puteri sulung. Rumahnya hanya sepelaung di sebelah kiri jalan di dalam gambar. Kereta kuning Johan dan kereta biru ungu Muzaffar nun di hadapan kereta biru gelap kami.
Begitulah kisahnya sebahagian dari sambungan kisah sepetang 2 Syawal dari Tebrau City ke Telok Danga. Sepetang bergerombolan kereta ungu kuning krim biru hijau berhujan petang selatan 25 Oktober 2006.
Tetamu Rasanubari