Salam Aidilfitri pada semua. Mohon maaf zahir dan batin memana terselirat silap dan salah dengan ingatan tulus ikhlas setulus ikhlas rasa sanubari.
Semoga istiqamah amalan dibulan Ramadhan berkekalan terus hendaknya sebermula Syawal berazam buku baru kembali kepada fitrah hamba Allah taala. Fitrah insani sebermula asal penciptaan hanyasanya adalah untuk beribadah taat kepada Allah taala Maha Pencipta.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari Bandar Baru Bangi usai solat sunat Aidilfitri di Masjid Universiti. Sebelum berlepas lewat pagi ke Johor Bahru bertanjung puteri. Meriah sentosa hati bertema biru setenang harmoni pagi Aidilfitri sehari selepas hari ulang tahun suami. Sekeluarga berbusana biru nilam. Sebiru busana raya dikirim pada pasangan anakanda di Melbourne berpawana biru nilam lautan selatan.
Tetamu Rasanubari