Bedek tak dapat _________. (also mentioned: fana-tik)

Mar 30, 2010 16:59

Aku tak cukop tido. Nak tahu apasal? Sebab, aku kenal ngan satu Mamat ni, dia becok to the max kalah aku seratus kali. Betul tak bedek. Nak bedek korang, tak dapat duit. So apa kena mengena dia becok pastu aku tak tido? Pasal according to Mamat ni, aku dah jadi Minah Rempit sepenuh masa for the last dua hari.

Ye saya, aku ikut dia kehulur-kehilir, Eastside ke Westside, sampai Ah Boy Johor* sekali la ok, layankan songeh dia, sampai aku yang penat. Tapi fun la dok, sebab susah nak dapat self-proclaimed Mat Rempit macam dekni. Serious masok ICU, dia fana (pronounced 'fur-neh'). Fana tu apa? FANATIK la. Mat Rempit fanatik nyer.

1) Mat Rempit is so Me'sia I know, pat sini kita usually call Mat/Abang Motor
2) Fanatik habis okay, pasal helmet dia betul Mat Rempit style (kes visor stengah dok)
3) At times I feel like I'm on the set of Rempit and Bohsia

Tak bedek korang. Like I already said, bedek tak dapat duit.

So, memandangkan yang aku ini tak cukup tido, tapi entah apa angin ribut suddenly nak blog, that shall be the lesson for today. Lain kali kalau korang nak reinforce the fact that you mean it, and saying 'serious masok ICU' macam dah basi gitu, you can use this one.

"Serious tak bedek! Bedek tak dapat duit."

Sebab apa, semua orang suka duit beb. So kalau apa-apa dan semua benda pun kita bedek dapat duit, semua orang dah saling tipu-menipu. Kaya raya kita semua dokkk. Make sense?

Kalau tak make sense takper. Aku boleh dah considered meracau ni. Apa tak, hidup Minah dan Mat Rempit sepenuh masa last weekend dok, tido kurang. It is also said that Mat dan Minah (Rempit tak Rempit) kuat tahan mata. Because why, these people take their social lives very importantly.

Kerja memang kerja, tapi enjoy tetap ada. Mesti ada balance you see, kalo tak considered FANA. So harap maklum ye.

*Ah Boy Johor adalah sebuah workshop motorsikal yang terletak dia Jalan Tebrau Johor Baru. Free advertising keper Ah Boyyyyyy? Gentle reminder kepada Minah-Minah yang konon nak step terror teman Mamat korang nak gi service motor, tolongggggg la bawak some form of entertainment. Tunggu lama gila dok. Aku tak bedek korang.

Pasal apa, bedek tak dapat _________. Sila fill in the blanks ye. Pandaiiiiii.

Sekian.
Terima kasih.

the mat & me, phrases, definitions

Previous post Next post
Up