Ali Rustam main Tongkat Ali and
cheap viagra?
Semua orang Melaka tahu Ketua Menteri mereka, Datuk Seri Ali Rustam bekerja berterusan tanpa tidur yang panjang setiap hari. Sewaktu PRK Merlimau tempohari , beliau dilaporkan bekerja 'round the clock' hampir dua minggu dengan hanya tidur beberapa jam saja sehari. Ramai orang terutamanya penyokong pembangkang turut hairan bagaimana beliau boleh berjumpa dan melayan pengundi sehingga 3 pagi dan seterusnya melaksanakan tugasnya keesokan hari seawal jam 5 pagi.
Ali Rustam juga dikenali kerana sering mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan hingga tengah malam untuk membincangkan isu-isu tertunggak. Rumah penginapan rasminya juga sentiasa terbuka hingga larut malam untuk membolehkan rakyat tempatan berjumpanya secara terus.
Beliau juga sering dilihat memandu bersama pegawai-pegawainya sekitar bandar pada lewat malam untuk membuat 'spot checks' untuk memeriksa keadaan jalan, kebersihan dan persekitaran.
Bersandarkan gambaran tersebut ramai orang terutamanya pembangkang menuduhnya sebagai seorang yang bergantung kepada tongkat ali dan
cialis untuk terus kuat bertenaga. Benarkah begitu?
Mengulas hal ini, Ali Rustam berkata, ini semua spekulasi dan tuduhan orang yang tidak mampu menyaingi kecergasannya. "Saya tidak memerlukan semua itu. Saya hanya mengambil supplements terutamanya vitamin C dan sedikit senaman pagi, " katanya. "Sebenarnya keinginan saya untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat Melaka membuat saya rasa bertenaga".
SYABAS Datuk Seri!!! Tapi biarlah, manusia terutamanya pembangkang memang begitu. Kita sihat, salah. Kita sakit, pun salah.
Tapi, Datuk Seri, kalau benar pun kita minum tongkat ali atau menelan viagra sekali pun, apa salahnya jika ia mampu memberikan kita tenaga demi seorang isteri dan rakyat. Bukannya menelan viagra dan kemudian dapat tenaga kita pergi meliwat. Macam orang tu......