Jajahan Bonda

Sep 18, 2014 01:59


Assalamualaikum and hi!

so.. this post were made because I want to write a review about a novel that I just finished read. But because this is a malay novel, so I do not know wheather I have to write in english or malay. Yeah, I know I should write in malay but my penulisan bahasa melayu' is not so good even though I really like malay literature or what we call as sastera. bila baca buku sastera rase macam bapak terror giler penulis nie gambarkan suasana, cerita nie. Haaa. dah cakap kan allia menulis x de seni.

Tajuk novel ni ' Jajahan Bonda' . Kalau ikut allia, allia lagi suka baca novel tentang semangat bangsa, patriotik, nilai kehidupan. senang citer yang real life. kalau citer lovey dovey nie kurang sangat. kalau baca pun mesti bab 1 dengan bab last. hahaha. malas nak tunggu lama2 nak taw ape jadik. Tapi kalau baca novel sastera nie, rasa dia laen. Novel sastera banyak citer pasal suasana. Yang Allia perasan la novel sekarang banyak dialog dari suasana. Bila baca novel sastera nie memang rasa suasana zaman tu, memang rasa kita yang berada di situ. or ape yang penulis describe memang benda yang hari-hari kita pernah jumpa. maklum la allia nie nostalgia sikit orangnyer.

Bagi Allia, permulaan cerita 'jajahan bonda' nie best. Allia suka cara pembawakan suasana oleh penulis. Cara hidup orang kampung, sopan santun penduduknya, budi bahasa, ambil berat antara satu sama laen. Macam tu la suasana duduk di kampung. Cara hidup orang susah yang dibawa oleh watak Mahanum dan Semaun. Memang menyentuh perasaan. Walaupun gaya hidup mereka susah, tapi mereka tabah hadapi dugaan hidup. Hidup mereka walaupun tidak kaya, tapi apa yang ada tu pun dah mencukupi. Semangat Semaun seorang bapa yang mahu majukan kampung 'Jajahan Bonda' dan keluarga. Jarang kita boleh jumpa semangat yang seperti itu di jiwa pemuda-pemuda zaman sekarang.Betapa tabahnya Semaun kerja berat di luar kampung, berpisah dari keluarga untuk menyara anak-anaknya.

Jarang juga kita boleh jumpa pemuda seperti watak kodin dalam novel ni. Seorang pemuda yang mempunya ijazah dalam bidang pertanian, tetapi pilih untuk kerja di kampung untuk majukan kampung atau erti kata laen untuk berkerja sendiri. Kebanyakan graduan zaman sekarang, memilih untuk kerja di bawah syarikat orang, atau kerja di bawah kerajaan demi meraih faedah semata-mata bukannya untuk berkhidmat. Jarang juga pemuda zaman sekarang yang betul-betul berjuang demi bangsa dan negara. Kebanyakan nya berjuang kerana cukai yang tinggi, rasuah, keistimewaan dan sebagainya. Tapi adakah nilai patriotik , sayang pada negara tu benar tersemat di jiwa?  Sebab tu Allia lagi suka baca novel yang berplotkan zaman dahulu, bukan sekarang. Sebab lagi suka perangai, budi bahasa orang dahulu berbanding sekarang.

Tapi penghujung novel ni memang tidak disangka mungkin kerana jalan cerita pada permulaan begitu tenang, aman, tiada konflik. Tetapi ketabahan Mahanum meneruskan hidup memang sangat patut dijadikan contoh. Kadang-kadang dalam hidup, kita tidak boleh nak menjangka apa dugaan yang akan kita hadapi. Tapi bila satu hari nanti ada dugaan yang menimpa , sabar itu perlu, tawakal pada Allah, dan usaha untuk mengharungi dugaan tu. Bak kata mama, susah macam mana pun kena harung.

Kalau nak taw jalan cerita penuh, baca lah novel ni. Banyak pengajaran.


jajahan bonda, my life

Previous post Next post
Up