Oct 12, 2011 22:33
Mood malam ni adalah mood berbahasa kebangsaan. XD So prepare jelah. Takdelah bahasa melayu 100% tp most of it lah. So campur boleh tak?
#1 Kalau kawan2 kat twitter mesti perasan kenapa lah aku senyap je sejak hari jumaat. T__________T Sejak dua menjak ni, kat Kota Tinggi asyik hujan lebat beserta petir segala bagai. Cuaca memang teruk. Then hari jumaat lepas, masa tu Ibu je ada seorg kat rumah. Petir sambar telefon rumah kami. So no connection. Streamyx tak blh guna. Tak boleh juga nak salahkan Ibu. Mana pernah kita dengar cite suruh cabut wayar telefon. Kalau wayar kipas or tv tu biasalah. Bila buat aduan, baru dapat tahu, pada hari tu memang kejadian luar biasa. Lebih dari 1000 aduan di buat. So kena tunggu turn. Hari ni baru boleh online
#2 Hari Isnin lepas, seperti biasa aku nak pergi kerja masa pagi tu. Masa nak kunci pintu, tiba-tiba ubat minyak kat tepi pintu terjatuh. Aku pun nak ambillah. Sekali rasa macam ada something je kat kaki. Ya Allah, aku lihat benda tu amat pantas berlalu. Seekor ular melintas atas kaki aku.
Aku memang takut dgn tiga benda: 1. Darah/ubat/hospital. 2. Petir/guruh 3. Ular.
Even ular dalam gambar pun aku dah takut. Ni apa lagi di depan mata. Aku tak tahu apa berlaku. Sedar2 aku dah ada kat dapur. Mengigil ketakutan, cuba untuk telefon Abang dan Ibu. Lps tu, blh plak fikir macam mana abg nak masuk rumah kalau pintu kunci. Aku tarik perlahan2 kerusi tu ke arah pintu sambil melihat ke arah ruang tamu (takut2 kalau ular tu dtg ke arah aku). Cuba bygkan seorg gadis pakai baju kurung (anggun bergaya tau) pergi tendang pintu sampai terbuka. Haha...
Abg balik dengan tiga org kwn dia. Aku lari ke arah abg. Abg cakap, masa lari tu aku tak nangis. Langsung tak de perasaan tp bila abg pegang je aku, aku terus menangis gila2 punya. Tak pyh pakai Eye More. Tak pyh bubuh segala macam cecair. Abg beri air, suruh minum. Cawan tu bergoyang. Punya teruk aku menggigil. Bila Ibu balik, masa Ibu pegang aku, Ibu cakap badan aku menggigil.
So abg dan kwn2 dia dpt tangkap dan bunuh. Ular sawa. Panjang lebih 1 meter. Besarnya adalah dalam tiga jari lelaki dewasa. Lps tu, Abg suruh hntr msg kat tmpt kerja, cakap tak g kerja. Bila igt2 balik msg aku, serius lawak
"Salam. Kak Ju, sy tak dtg kerja hari ni. Rumah masuk ular."
Tapi lantak apa aku. Dah takut, sume boleh berlaku. Sebab aku takut nak masuk rumah, Ibu angkut je aku balik sekolah Ibu sebab masa tu baru je pukul 10 lebih. So jadilah aku sebagai guru sementara untuk sehari. XD Petang tu, Ibu yang kena bersihkan rumah. Aku tak blh nak masuk langsung. Lps ibu dah ckp byk, baru berani masuk. Sbb dah sakit dada sepanjang hari, aku jadi letih. Ibu pastikan aku tidur, baru Ibu bersihkan darah ular. Sampai hari ni aku still takut nak masuk bilik. Malam pertama, aku conquer bilik Ibu dan Ayah. Haha... Malam tadi aku beranikan diri tidur dlm bilik sendiri. Confirm tak nyenyak. Hish
Begitulah cerita aku dan ular. T_T
#3 Petang tadi, org Telekom dah dtg betulkan telefon. Oklah...bolehlah guna even still slow sbb baru lps hujan. Biasalah... Then aku pun start online. FUYOH!!! byk gila aku miss even baru je 5 hari offline. Haha...
1. Ryo dan Yamapi keluar dari NEWS. Even dah ada dengar khabar angin tu dari bulan2 lps. Tp itu hanya untuk Yamapi. Aku tak sangka untuk Ryo sekali. Kecewa tu mmglah ada. Macam juga masa Jin keluar dulu. Even aku tak kenal sgt JE ni, tp sebab masa diaorg keluar tu, aku tahu so still sedih gak. Tp kalau itu adalah yg terbaik untuk mereka, sape kita nak halang. Johnny tu kan genius bab2 ni. Mesti dia dah fikir sehabis baik ttg baik buruk berita ni. So wish all the best for all of them.
2. Jin akan keluarkan single baru. Dia akan buat debut di Amerika pada 8/11 ni. Tp tak blh nak beli since tu digital single. Utk jepun, Jin akan release pada 7/12. Aku tak kisahlah org nak kata apa. Tp masa org lain dok sebut Jin akan debut summer lps, aku pernah mimpi Jin akan release pada 7/12. Masa tu, aku pelik juga. Nape bulan 12. Haha... pelik kan? Mimpi yg ntah beberapa bulan lps bakal terjadi. Haha... InsyaAllah aku akan beli. Tapi hanya yg Album je. Aku pernah kata pada seseorang bernama sahabat, yang aku tak akan menghargai DVD artist lain selain Ayumi. Aku hanya akan beli tapi tak menghayati. So dari bazir duit, better aku beli yg cd nya je. Akan aku dgr sampai hancur. Haha... Tp still tak puas hati!!! Kenapa aku mimpi pasal Jin? Bukan Ayumi? Kenapa???
3. Aku dah order calendar ayumi dengan Asma. Hehe... Release datenya hjg bulan 11. Aku nak order mini album Jin tu juga. So fairlah untuk semua. Last year, aku beli KAT-TUN je utk bday present. Thn ni, Ayu dan Jin share even masa dapatnya adalah berlainan. Tp bagi aku, ianya still hadiah bday aku untuk diri aku sendiri. Ibu asyik suruh beli Phone Strap Ayu untuk Hotel Love Songs. Warna Hitam. Mmg cantik. Aku akan beli. Tapi tunggu dululah. Bila RM dah naik. So murah sikit. Alamak...untuk sampai bulan 3 ni, aku hanya ada RM1000 je duit untuk beli apa2 berkaitan Ayu atau other artists. Tu lps dah tolak duit untuk beli hadiah Abg+Kak Ida, Ayah dan belanja untuk pergi Cameron.
Ada sape2 nak beri aku duit tak? Haha
Ibu cakap, dulu abang pernah terserempak dgn ular juga. Ular tu sebagai tanda untuk ingat kan abg. Sbb abg pernah nazar something. So Ibu ada pesan kat aku, cuba ingat balik kalau2 aku ada lupa nak buat something. Seingat aku, aku cuma ada niat nak buat dua benda. First, aku nak beri something kat kawan aku tapi still tak sempat2 nak bungkus. Dah beli dah tapi tulah suka sangat menangguh. Second, sekiranya aku mampu, aku nak lupakan segala apa berlaku sebelum ni dan mulakan hubungan baru. Aku masih dalam tempoh percubaan. Tiga bulan cukup tak sebagai tempoh percubaan? XD
Fakta: Aku memang kuat cakap dan tak tahu nak berhenti bercakap. So Aku kenalah pandai2 bataskan diri. Cukuplah setakat di sini sahaja. Moga2 kita berjumpa lagi ketika aku ber-mood-kan bahasa kebangsaan kita lagi. hehe
Love,
Yui
random things,
ayumi,
my family,
akanishi jin,
my life,
myself