{Blog} : Internet addict is one of mental prob?

Apr 02, 2009 19:40

i've just found and read this article from my campus daily newspaper... it's interesting and atttact me to read it again and again.. haha... this is first time i heard about this problem... aiyooo... is it true...? hmmm... the article in malay though... (^_<)v

Ketagihan internet satu penyakit mental?
Utusan Malaysia, Khamis, 2 April 2009
By REDY JEFFRY MOHAMAD RAMLI

Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan internet? Ketagihan internet secara dasarnya bermaksud penggunaan komputer yang keterlaluan dan berlebihan baik secara online atau offline.

Jika anda sebagai pengguna internet mempunyai gejala seperti menggunakan komputer yang berlebihan sehingga meminggirkan hal-hal asas yang lain, merasa marah, tertekan dan murung apabila tidak dapat menggunakan komputer atau internet dan begitu taksub terhadap penggunaan komputer sehingga ghairah untuk mendapatkan perkakasan dan perisian terkini yang ada di pasaran dan sering bertelingkah, menipu, mengasingkan diri daripada masyarakat dan keletihan, maka anda sebenarnya boleh dikategorikan sebagai ketagihan internet.

Mungkin ada pengguna internet tegar yang tidak bersetuju dengan pendapat bahawa dengan memiliki gejala-gejala tersebut mereka sudah boleh dikategorikan sebagai penagih internet.

Mungkin benar bagi pengguna internet tegar ini ketagihan internet bukanlah sesuatu yang negatif tetapi sebaliknya bagi golongan kanak-kanak, pelajar, pekerja, suami atau isteri, ketagihan internet boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan mereka.

Ketagihan internet bukan sahaja memberi impak negatif kepada kehidupan pengguna-pengguna internet tersebut malah mendedahkan mereka kepada kerentanan terhadap jenayah-jenayah siber seperti serangan virus komputer, kecurian identiti, buli dan peras ugut yang semakin berleluasa.

Jika anda mendapati gejala ketagihan internet ada pada diri anda, lakukanlah sesuatu bagi mengelakkan diri anda daripada terus terjerumus ke dalam masalah yang lebih besar.

Jika anda segan untuk mengakui apatah lagi berjumpa kaunselor untuk mengatasi masalah ketagihan internet anda, mulalah menggunakan internet secara positif dan mengikut panduan.

Bagi mereka yang mahu mengetahui sama ada diri anda tergolong di dalam kategori ketagihan internet, mungkin anda boleh menguji tahap penggunaan internet anda di lama web www.netaddiction.com/resources/-internet_addiction_test.htm dan sama ada ia memberi impak terhadap kehidupan anda. Pilihan di tangan anda....

newspaper article, blog

Previous post Next post
Up