Part-time

Jan 06, 2010 19:49

I'm sorry but this post needed to be done in Malay; or it will lost all the dynamics that I've been thinking during my first day of work.

******
Memang kebanyakan girls yang sebaya dengan aku (sebenarnya kami semua terpengaruh dengan manga & Meteor Garden) nak kerja dekat kedai kek. Entahla kenapa kerja tu terasala sangat glamer - maybe sebab dalam komik mesti ada mamat hensem suka beli kek, or owner bakery tu mamat hensem or anak owner bakery tu mamat hensem. So, dengan penuh harapan (sebab dah banyak kali kena reject kat kedai lain), aku pun pergila mintak kerja kat kedai kek belakang rumah - dengan imaginasi ada mamat hensem selalu beli kek; manalah tau sekali jumpa lelaki macam Domyouji ke Jun Pyo ke takpun Seung Gi ke.

Dah mintak tu, Auntie bakery tu call suruh aku pergi interview. Aku pun pergi dengan hati riang gumbira ala-ala boleh jumpa lelaki kacak, macam Fahrin Ahmad pun cukupla. Sampai-sampai, adeh, pakcik-pakcik sedang smoke, riang gumbira mengumpat pasal Siti Nurhaliza. Ikut suka hatila Siti tu nak hidup camne pun; terlintas dalam hati aku. So, akak yg kerja situ suruh aku tunggu sebab bos merangkap makcik dia tengah buat kek kat rumah. Aku pun tunggula cam orang bodoh, jakun tengok kedai.

Tengah-tengah tunggu tu, semua pakcik dah balik tinggal sorang je yang berkepala botak. Dia pun tengah boring agaknya so dia sembang dengan aku. Dia katala dia regular customer blablabla; aku senyum je sebab cara dia cakap cam tak clear sikit so to put it bluntly aku tak faham apa benda yang dia tengah merepek tu. Tapi yang telinga aku tak tahan sekali, dia bahasakan diri dia abang. Err, hello, pakcik? Tiba-tiba je dia tanya pasal love life aku.

"Takde bf ke dik?"
Aku dengan muka sheepish malunye menjawab, "Takde, takde."
Masa tu aku still bersangka baik lagi.
"Orang macam awak ni takde bf lagi?!!"

Masa tu darah dah menyirap dah, rasa cam nak snap je kat pakcik tu. Memangla saya takde bf, tapi saya nak gak satu, pakcik nak ke tolong saya cari orang muka&badan cam Siwon dengan hati&otak cam Seung Gi? Kalau ada, tunjuk kat saya, saya bawak balik suruh mak bagi saya kahwin.

Dalam otak aku dah buat dialog macam-macam. Dahla mak aku tengah kemaruk suka SHINee Minho. Orang cam Minho pun aku tak boleh jumpa lagi.

Tu takpe lagi, tetiba dia rant pasal lelaki sekarang tak boleh pakai (hello, bukan awak pun laki ke?), lagi-lagila mamat hensem (mana boleh generalize cam tu pakcik?) - aku pun paksa senyum over gula and honey. Then, boom -"Dik, abang jadi abang angkat boleh?" Dalam otak aku, dah bermacam profanity and string of curses dah, kalau melatah habis keluar semua. Heesh, pakcik ni memang gila la agaknya. Aku diam jer tak jawab, lepas tu dia mintak phone no. Dengan slumbernye aku tulis nombor lain. Sorry la orang yang ada nombor tu, ek?

Then, guess what, dia kata nanti nak ajak aku keluar, gi Kajang ke apa ke. Hahaha, it's so funny that I seriously freaking forgot to laugh. Muka aku dah seriously stiffened dah, lepas tu keluar ayat yang aku sendiri pun tak tau dapat dari mana.

"Saya dibesarkan dengan ajaran agama, mana boleh kuar dengan lelaki."

Pakcik tu terdiam. Adoi, tipu tahap dahsyat tak ingat la. Kang terjumpa pakcik tu aku dengan Taec(tak boleh blah la aku) kat Kajang, kantoila, habis Yoona serang. Lepas tu dia pun katala nak call la apa la (call la dapat sape aku tak tau).

Ye itula pengalaman aku pada hari interview. Then auntie bakery datang, tanya-tanya and all that; aku dapat kerja. Yeayy!♥

Malangnya, selepas sehari bekerja (iaitu hari ni) masih takde mamat hensem mengunjung tiba. Macam Ogushun ke Aaron Aziz ke pun cukupla. Penat adala, basuh pinggan, cuci lantai, cuci cermin, potong cili (bakeri tu jual nasi lemak sekali, weird right?), rebus cili, buat sandwich, bungkus sandwich dan mcm-mcm lagi. Tapi senang citer, kalau ada Shiroyan datang ke, muka aku habis sememeh sebab asyik kena cuci kuali je. Baju takyah cakapla, berbau cili kering semerbak. Lepas tu kena ulang alik pergi convi store, selama duduk rumah tak pernah aku gi kedai banyak tu. Dan tak sangka aku boleh buat air sendiri, sebab kat rumah kalau ada 3-in-1 baru boleh buat.

Masa potong cili, boleh lak aku ingat Tokyo Dogs tak habis tengok lagi. Camne dengan dua pakweku Takakura So dengan Maruo? Masa tu, radio enak mendendangkang Nobody from Wonder Girls, terus teringat 2PM terchenta punya lagu bila nak sampai Malaysia.

Okla daripada membuta kat rumah, tengok KBS World tak henti. At least tahulah susahnya nak earn money tu. Ingat senang ke? Meh ganti tempat diriku...takde korang boleh jumpa Jerry Yan pun.

Conclusion is; lagi senang duduk rumahla.

emotion, rant, !ayn

Previous post Next post
Up