ya, memang aku sedih. aku malu. aku sedih dan malu dengan bangsa aku sendiri. bangsa aku kurang membaca, malas membaca. tapi rajin mengata, sembang kencang. tapi isinya hanya spekulasi yang dia buat sendiri. entah dari mana rujukannya. aku sedih.
aku mengaku aku pun tak rajin membaca. tapi aku tahu apa yang aku boleh luahkan atau tidak. kalau aku tak faham aku tanya, aku baca, aku cari sampai faham betul-betul. aku tak suka apabila aku membuat kenyataan tentang sesuatu yang aku tak pasti hari ini, akan dikenang sampai tua dan kebodohan aku akan jelas kelihatan. aku tak suka. biar orang kata aku lowprofile, tak ikut perkembangan semasa, tak ambil tahu hal dunia. tapi kau tahu kah aku tahu ke tidak. hanya kerana aku tak sembang kencang pasal hal dunia, hal politik, tak bermaksud aku xambil tahu. cuma aku tak suka buat spekulasi macam yang kau buat. biar la aku dengan cara aku. kau, kalau boleh kurangkan lah. bukan aku halang. aku tak nak kau nampak kurang bijak, melayu nampak bodoh disebabkan ada golongan macam kau.
aku tak tujukan pada sesiapa. tapi aku tujukan pada melayu secara khususnya. sebab aku sayang bangsa aku, aku bangga jadi orang melayu, aku bangga aku anak Malaysia.
aku gembira dan aku suka kalau melayu berkata-kata dengan fakta. dengan rujukan dan bukti. kalau tak ada bukti baik diam, simpan dalam hati. satu hari nanti bila kau tahu hkikat sebenar, kau akan bersyukur bila kau tak terlepas cakap.
itu saja.
Posted via
m.livejournal.com.