Mar 09, 2016 22:34
Assalamualaikum
Hari ini hanya nak buat sedikit luahan perasaan, setelah pelbagai yang terjadi.
9/3/2016, hari Selasa minggu ketiga kuliah untuk semester 6 bagi batch aku.
Pagi tadi tengok gerhana matahari dan petang jumpa Dr Azah untuk update mengenai projek.
Namun selepas itu dan menjelang malam kini, pelbagai perasaan yang aku rasakan.
Ketika speaker corner tadi, bertemu dengan Sol dan Anis, terimbau keadaan yang berlaku pada batch kami.
Malah ketika malam hendak menuju perjumpaan dengan Muja**id, dapat satu berita lagi tentang Az*ar, salah seorang Exco PER**S.
Dari perspektif batch, aku masih hairan mengapakah selepas mukhayyam itu, masih ada perkara yang tak selesai? Aku rasa aku tak tahu nak tolong macam mana lagi. Ramai yang berahsia, ramai pula yang membawa perasaan dan diri, menjauh.
Sebagai MT PER**S pula, aku rasa aku seriously zero, tak membantu langsung untuk mencari dana program-program, hanya pandai suruh anak buah je. TT_____TT
Di samping kebajikan Exco-Exco yang tak terjaga, ada yang ayah kena tahan di wad, dan ada pula yang mak sakit.
Sesungguhnya tak tertanggung ujian keluarga itu bagi mereka, namun tetap menggagahkan diri untuk terus bekerja untuk PER**S.
Allah, beratnya hati ini untuk pergi meninggalkan mereka, melepaskan segala tanggungjawab yang terpundak di bahu, tak kira sebagai ahli atau pimpinan.
Aku benar-benar terfikir mahu dibatalkan sahaja segala rencana permusafiran itu. Bukanlah berbangga kerana dilihat penting di mata sahabat-sahabat yang lain, namun kata-kata Fa**n pada malam itu betul-betul menyebabkan aku ingin berubah keputusan,
"Seriously, orang akan terasa ko tak de Zu," suatu yang berbunyi sebegitu.
Masih berbaki 3 minggu sebelum aku melepaskan dan membawa diri, moga mereka dapat merelakan permusafiranku ini.
Dalam keadaan begini, apakah yang aku mampu lakukan untuk menolong mereka?
Ya Allah, tunjukilah kami jalan penyelesaian, bimbinglah kami dalam membuat keputusan, lapangkanlah bagi kami dada kami agar terus kuat menghadapi ujian dariMu, moga ujian ini dapat mengangkat darjat kami di sisiMu.
Kami insan yang lemah, sangat menghendakiMu.
cinta,
amanah,
tanggungjawab