Feb 04, 2013 12:41
... pengkhianatan..?
Itu cuma anggapan aku.
Aku masih belum merasakan menjadi pemimpin yang sebenar, atau sebenarnya aku yang tidak sedar? Aku pun tak tahu.
Tapi apakah tanggapan seorang pemimpin tatkala dia meletakkan kepercayaan yang penuh pada pimpinannya berdasarkan apa yang telah dikenali, namun pimpinannya itu sewenang-wenangnya mengambil enteng kepercayaan itu.
Yalah, siapa yang tidak akan terleka dengan keindahan pemandangan dunia tatkala pelayaran dunia..?
Namun, kita harus ingat pelayaran, permusafiran ini hanya sementara. Jangan kita menganggap pelayaran itu untuk selama-lamanya.
Jadi, kita seharusnya sedar bahawa setiap keindahan pemandangan itu harus dilihat berpandukan syariat Islam.
Aku tak pasti adakah pemimpin itu terkilan tatkala melihat pimpinannya begitu enak melayan dunia, kerana pastinya dia tidak menjangkakan orang yang paling boleh diberi kepercayaan itu boleh dikatakan memadang ringan amanah Allah.
Tapi seharusnya pepimpin itu sedar, al-insan nisyan. Manusia itu fitrahnya lupa - dan perlu selalu diingatkan.
Mungkin juga kepemimpinan itu yang perlu diperbaiki agar perkara sebegini dapat dihindari.
Ya Allah, berilah kekuatan untuk hamba-hamba-Mu ini bermujadah melawan hawa nafsu, melawan tipu daya syaitan. Janganlah Kau jadikan kami beban yang berat untuk pemimpin-pemimpin kami. Amiin~