Langit senja merah jingga nun di sana kecintaan kalbu

Aug 16, 2024 01:04






Langit senja jingga merah hari Selasa 13 Ogos.

13 Ogos memori ETS utara empat tahun nan lalu.

Hari itu berjaya siram tanaman pagi dan petang.

Siram pagi usai dhuha.

Siram dirembang senja 7.09 petang.

Rutin gambar langit nun di timur laut. Langit senja merah jingga.

Bandar Baru Bangi ini bandar matahari terbenam. Bandar indah pandangan langit merah jingga senja.

Keladi merah jambu pemberian adindaku dari Hulu Langat.

Masak selepas maghrib. Ikan Tenggiri Goreng dari Kota Kinabalu.

Tumis Bilis Kubis Lobak Merah pun dari Kota Kinabalu.

Budu Ketereh. Kali ini saya masukkan hirisan bawang besar.

Jarang makan nasi malam kalau di rumah. Hari itu sepanjang hari belum makan nasi. Tengah hari itu makan Bubur Pulut Hitam.

Maka malam itu makan nasi malam selepas Isya'.

Selepas sepuluh malam. Makan semangkuk kecil Bubur Pulut Hitam. Bubur Pulut Hitam lagi.

Usaha cuba menghabiskan Bubur Pulut Hitam masak sehari sebelum itu.

Tengah malam itu shopping baju kurung hitam dan gold dari TT.

Hitam gold. Itu warna tema majlis resepsi dua anakanda saudara hujung bulan ini.

Pun begitu ini bukan busana hitam gold pertama saya beli sempena majlis ini.

Sudah pun beli beberapa pasang. Tiba harinya nanti pilihlah salah satu paling berkenan 🖤🧡🩶

busana, gemawan, garden, dinner

Previous post Next post
Up