Semalam demam semakin demam selepas sehari sebelum itu berhujan-hujan.
Tidur demam selepas zuhur. Tuhan kejut solat asar rembang petang.
Saya solat merata ruang. Ruang itu karpet parsi itu antara ruang kerap saya solat.
Sudut TV kedua di tingkat bawah. Penglais Pluscrug Mathilda.
Sejadah itu hadiah doorgift resepsi anakanda saudara ku Mei lalu. Resepsi di sebelah pengantin perempuan.
Lewat malam lalu lagu Cempaka d Rembulan. Lagu alunan penyanyi saya jatuh cinta pada suara gemersik merdu itu.
Kerinduan bersama masih bermain di jiwa.
Engkau tetap ku cintai
Saya sentiasa memastikan sampah dibuang sebelum tengah malam. Sampah selepas itu bukan sampah sisa makanan.
Keluar buang sampah lewat 9.00 malam.
Biasalah saya setiap kali keluar pergi porch. Gambar bunga. Gambar dedaun hijau.
Gambar wajib. Gambar langit malam biru lazuardi kelam nun di sana timur laut.
Dulu kereta ku ada enam. Satu beri Sarah. Satu Idris guna. Satu di Kota Kinabalu. Tinggal hanya tiga termasuklah Hilux itu.