Maka sebermula hari ini tiada lagi langsir menabiri sana

Feb 10, 2010 14:10


Cerita satu

" Mak nak buka blog baru laa.. Balik dari haji ni Mak jemu nak pandang blog Livejournal tu. Tak tau laa kenapa.. Macam pening kalau nak tengok blog tu. Tu belum lagi pergi tengok. Sejak balik dari haji ni. Mak tak pernah pergi tengok pun blog tu. Boleh bagi cadangan apa nama blog Mak nak buka baru ni. "

" Mak kan banyak blog kat Blogspot tu.. "

"  Tu semua blog private. Ni blog Mak nak bagi public kat pembaca. "

" Kenang Daku Dalam Doa Mu okay ke? "

" Hmm okay juga..Okay laa tu. "

" Ayang! Okay tak nama tu. "

" Mana-mana laa."

" Baby. Mak nak buka blog baru. Okay ke nama blog tu Kenang Daku Dalam Doa Mu."

" Hmmm.. Okay laa juga.. "

" Kenapa ada juga kat hujung tu?.. "

" Kenapa nama blog tu macam sedih je. "

" Mak ingat kalau Mak dah mati nanti. Orang baca blog Mak. Orang ingat kat Mak. Orang doakan Mak. "

" Okay lah. "

Cerita dua

Bual dengan Suraya.

" Ramai pembaca dah mula tanya bila Mak nak update blog Livejournal tu. Bayangkan blog yang kita suka kita rindu tertunggu-tunggu bila dia nak update. Tapi masa ni malas betul lah Mak nak tengok blog tu. Pandang pun Mak tak mau. "

" Diaorang belum tahu ke Mak dah ada blog baru? "

" Mak belum publickan lagi.. "

" Mak publickan lah. Bubuh link blog baru kat blog Livejournal tu. "

" Okay lah. Esoklah Mak publickan blog tu. Okay lah. Esok Mak mula angkat tabir. "

" Mak nak tutup ke blog lama tu?"

" Tak lah. Dah sembilan tahun blog tu. Tahun depan cukup sepuluh tahun. Bila hilang pening. Sesekali nanti Mak update laa.. "

" Mana layout yang lebih cantik. Mak suka layout yang ringkas. Se-minimalis mungkin. Mak suka blog yang ringkas. Sederhana tak payah serabut kat tepi tu. Blog baru ni komen pun Mak tak letak. Kalau nak komen. Biar diaorang hantar mesej kat Facebook sana. Mak tulis untuk orang membaca. Orang yang baca blog ni orang yang suka membaca. "

Muhammad Idris mencelah.

" Tapi kenapa berbeza tulisan Mak dekat blog lama dengan yang baru ni? "

" Berbeza? Beza macam mana tu?"

" Blog dulu Mak tulis macam karangan. Blog baru ni lain. Ringkas. "

" Oh Ayang Mak tahu beza! Blog baru ni Mak tulis dengan rasa lebih segar. "

" Mana lebih bagus? "

" Mana Idris tahu. Sama je. "

Blog baru sana menulis dengan mencatat bagai menulis diari. Tulisan di Livejournal ini. Kini semacam seawal menulis lagi dalam kepala sudah set catatan buat berkongsi. Saya mahu seperti kala mula-mula menulis blog senyap-senyap sepuluh tahun lalu. Menulis buat diri sendiri sebagai kenangan kemudian hari. Pening melihat blog lama mungkin juga kerana sepulang dari haji ini saya mahu buka buku baru dengan aura iltizam lebih segar harapan. Biar cerita lama dengan kisah sanubari itu terperap simpan buat kenangan. Pun begitu sesekali saya bakal bersinggah mencatat laman menyimpan seribu satu kenangan keluarga selama sembilan tahun ini. Malah hari ini singgah mencatat entri ini. Tersinggah halus rasa sedih mengenangkan betapa hampir sepuluh tahun dengan Rasanubari ini.

Pun begitu. Sini atau sana. Saya tetap dengan cara saya. Tetap dengan melodi terbiasa.

Makanya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim hari ini saya angkat tirai laman sesekali saya mencatat kala masih bermusim malas memandang blog Livejournal ini. http://kenangdakudalamdoamu.blogspot.com/




Tetamu Rasanubari

harapan, sanubari, wednesday, 10haribulan, sedih

Previous post Next post
Up