Catatan peristiwa sehari selepas berPesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 26 April hari minggu.
Hampir seminggu Su dan Safura merancang berdua pergi sekolah Idris. Rindu hati ibu ini tiga minggu tanpa bertemu mata putera mahkota rindu selalu. Hanya beritahu suami tentang hal ini pada hari kami pergi pesta buku.
Sepanjang tahun lepas. Su kerap pergi sekolah Idris bertemankan samada Suraya atau Safura. Tahun lepas. Purata Su pergi sekolah Idris. Lebih kurang dua minggu sekali. Berulang dari Bandar Baru Bangi pergi utara sudah bagai dari rumah pergi PKNS Bangi atau Warta. Warta dan PKNS Bangi pun kita pergi hanya beberapa bulan sekali.
Tahun ini. Sedari Januari hampir setiap hujung minggu Su menemankan suami keluar daerah. Lantaran itu. Purata pergi sekolah Idris pada tahun ini. Lebih kurang tiga minggu sekali.
Awal tahun ini. Sekolah Idris memperkenalkan sistem kad pelawat. Sama sebagaimana sekolah puteri sulung.
Tertera pada kad pelawat itu. Kad kecil warna merah. Nama pelawat utama. Nama ibu Idris.
" Kenapa nama Mak ni? Kenapa bukan nama Abah? "
" Habis Mak yang selalu datang. "
Diam saja suami kita mendengar jawapan Idris itu. Begitulah cahayamata. Peka tahu apa terbiasa selalu. Pun begitu sedikit perubahan pada tahun ini. Setakat ini. Ada orang itu setuju saja bila kita pelawa ikut sama pergi utara.
Pagi hari minggu 26 April. Masih penat amat selepas hari Sabtu bersesakan di pesta buku. Pun begitu walaupun badan ini masih kepenatan teramat sangat. Intan payung punya pasal. Kuatkan hati kuatkan semangat.
Kami mulai beransur pergi hanyalah selepas lewat pukul sebelas pagi kerana menunggu suami. Suami kita ada perlawanan futsal mewakili seksyen taman perumahan kami. Bertiga dalam kereta sudah lewat pukul sebelas.
Suraya tidak ikut. Nanti Adik penat. Esok nak kerja. Suraya baru seminggu berlatihan industri.
" Baby. Kita tak payah singgah pesta buku laa. Tak sempat dah ni. "
Safura sipemandu enggan singgah bermalam. Bertegas pergi pulang hari. Walaupun esoknya hari Isnin tiada kuliah. Lalu pemergian kali ini pergi pulang hari. Ikut perintah pemandu. Purata setahun lepas. Kalau pergi berdua. Lebih kerap kami pergi pulang hari. Pun begitu beberapa kali jugalah kami singgah bermalam di hotel. Kalau pergi dengan suami. Selalunya bermalamlah. Setahun berulang pergi utara. Kini sudah dengan rutin menambah nama hotel utara berkenangan singgahan kami. Kalau pergi hanya berdua dengan salah seorang dari dua puteri. Hotel kita bayar sendiri. Hotel biasa-biasa. Kalau pergi dengan suami. Bolehlah tuju hotel berbintang-bintang.
Saranan kita. " Kita tak payah berhentilah. Beli makanan kat pandu lalu sekian-sekian. Makan dalam kereta. "
Singgah Restoran Pandu Lalu. Lebuhraya Kuala Lumpur sekitar Sungai Besi.
Sesekali beli makanan makan dalam kereta. Kes darurat.
" Baby bukan boikot ke. Mak tak boikot. "
Saya pun ada senarai boikot. Boikot bukan baru setahun dua ini. Boikot bukan hanya bila cerita tanah timur tengah sana melanda sini. Bukan boikot bermusim. Boikot sudah berzaman-zaman melebihi suku abad. Bagaimanapun restoran yang ini. Bukan dalam senarai saya. Begitu juga dengan restoran ayam itu.
Alhamdulillah sampai sekolah Idris sebelum pukul empat. Tidak sampai empat jam perjalanan memandu. Selalunya kalau hanya kami berdua. Selalunya lagi cepat sampai. Bila Abahnya turut bersama di dalam kereta seperti hari ini. Safura berhemah memandu sederhana laju. Nanti Abah marah.
Sepanjang perjalanan ini. Kami hanya berhenti dua kali. Sekali kala singgah restoran pandu lalu itu. Sekali lagi berhenti di Hentian Simpang Pulai kerana Safura mahu beli air dingin. Panas hari bukan main walaupun berada di dalam kereta berpendingin udara. Dua kali berhenti ini. Su tidak keluar dari kereta.
Idris tidak tahu kami datang. Pesan kita selalu pada Muhammad Idris. Telefon ibu pada hari Jumaat. Kalau-kalau hari Sabtu ibu mahu ziarah. Jumaat sampai pagi hari minggu yang ini. Tiada panggilan dari Idris. Tawakal saja pergi.
Sampai sekolah. Safura telefon Idris. Idris bawa telefon bimbit teramat jarang guna kecuali kala bila pulang bercuti menaiki bas. Guna dalam bas dalam perjalanan pulang. Kali ini tergeraklah hati mahu menelefon. Beberapa kali kita menelefon tiada jawapan. Sekali Safura telefon. Okay pun bersambutan suara adinda.
" Idris kat Transkrian ni. Ada lawan Taekwondo semua MRSM. Kat sini sampai hari Rabu."
Aduhai. Sudahlah tidak menelefon. Keluar dari sekolah tidak minta izin ibu.
Beri telefon pada Safura. Telefon bimbit Safura.
" Engkau cakap dengan dia Baby. Kata Mak tengah marah ni.. "
" Mak tengah marah tu. Fasal apa Idris tak telefon. "
Bukan marah. Hanya terkujatlah sekejap. Jauh-jauh datang. Sekali orangnya tiada. Anakanda intan payung. Buat apa pun susah mahu rasa marah. Tambah terkujat kerana badan sudahlah semakin penat amat. Sekali sampai tiada orang mahu dilawat. Sebenarnya lebih mengenangkan malas nanti menghadap muka masam sesaorang itu. Nanti terpaksa dengar dialog lebih kurang begini. Sia-sia datang.
Tenang bawa bertenang. Su pergi kaunter guru bertugas. Suami kita hilang ghaib entah pergi mana. Pergi taman sekolah kot. Taman berpadang selalu menjadi lokasi ibubapa bertemu pelajar. Taman dengan kerusi batu.
" Assalamualaikum. Anak saya pergi MRSM Transkrian. Pertandingan Taekwondo MRSM. Boleh bagitahu alamat MRSM Transkrian tu. "
Guru warden bertugas orangnya masih muda belia. Guru perempuan mungkin berumur belum pun tiga puluh tahun. Guru bertudung orangnya kecil rendah sedikit gempal namun manis. Setahu kita. Selalunya guru bertugas hujung minggu ini guru bujang belum berumah tangga. Guru ini kurang pasti alamat MRSM Transkrian tetapi biasa pergi sana.
" Boleh bagitahu saya macam mana nak pergi sana.. "
Guru berbahasa Melayu utara itu beritahu bagaimana mahu pergi MRSM Nibong Tebal sana. Sesekali disampuk beritahu oleh seorang pelajar lelaki sedang duduk-duduk di tepi kaunter itu.
Kita bersungguh-sungguh tulus dari hati mengucapkan terima kasih pada guru ini. Lupa kala mencatat ini. Su ucap terima kasih atau tidak pada pelajar membantu beritahu itu. Kalau belum. Kala mencatat ini. Setulus rasa terima kasih pun buat pelajar itu.
Apa-apa hal solat dulu. Solat di surau MRSM surau persinggahan kami selalu. Sepanjang hampir setahun setengah. Hampir setiap bulan bersinggah solat di surau ini. Berdoa mohon Allah subhanahuwataala permudahkanlah semua. Waima sedia tahu dan insaf. Apa-apa peristiwa pasti berhikmah sesuatu.
Selepas pukul lima petang. Baru kami beransur meninggalkan kampus MRSM putera. Ini kerana menunggu ada yang lama di surau. Ada yang pergi tandas. Menurut kata warden bertugas tadi. Boleh sampai sana dalam masa satu jam memandu. Kalau sampai sana pukul enam. Sempatlah bertemu mata dengan anakanda dirindu setengah jam sebelum habis masa melawat jam 6.30 petang.
Suami beritahu pengawal bertugas di tepi pintu get keluar sekolah di sebelah pondok pengawal.
" Anak tak de kat sini. Dia pergi MRSM Nibong Tebal sana. "
Kata pengawal bersenyum ramah mesra.
" Saya pun tak tahu nombor telefon cikgu yang bawa diaorang tu. Kalau tidak. Boleh bagi nombor telefon cikgu tu. "
Fikir itu ini. Kenapa Muhammad Idris tidak telefon minta izin ibu dulu. Juga terfikir. Kenapa sekolah tidak beritahu. Tiada surat atau pemberitahuan melalui telefon. Ini keluar bermalam. Bukan lawatan pulang hari. Bukan lawatan sehari dua. Sampai lima hari empat malam. Seingat-ingat saya. Sekolah tiga puteri dulu. Setiap kali ada lawatan luar perlu bermalam. Sampailah surat dari sekolah. Misalnya sebelum Safura mendaki Gunung Pulai. Sebelum Suraya pergi Kota Kinabalu wakil Kuala Lumpur dalam satu pertandingan. Suraya ketua pasukan peringkat negeri atau Wilayah Persekutuan.
Juga terfikir. Bagaimana dengan pelajaran Idris. Baru lagi minggu lepas seminggu di Langkawi. Sukan antara MRSM. Idris wakil pemain bola MRSM Idris. Ini keluar sekolah lagi. Pun begitu tiadalah rasa ralat. Kami sebenarnya syukur anakanda aktif dengan aktiviti sihat begini. Bukan hanya terperuk baca buku sekolah.
Hari mencatat entri ini. Hujung minggu ini Muhammad Idris keluar sekolah lagi. Wakil sekolah dalam satu pertandingan sains.
Tetamu Rasanubari