Cenderahati tinggalan pengunjung restoran Muslim Chaoyang Beijing # Not kertas RM, Rabbani dan Adibah Nor pun ada Originally uploaded by
Ssuriha Masih cerita petang 13 Julai nan lalu. Selepas singgah Restoran Muslim Sailama Chaoyang.
Gambar atas ini. Pada dinding merah jambu sebelah kiri langsir berjurai-jurai dari pintu masuk restoran. Bersetentangan dengan kaunter bayaran. Bersusun wang not seringgit RM. Autograf pengunjung pada wang not kertas. Paling kelihatan. RM dari pengunjung orang Malaysia. Juga kelihatan tertampal. Sedikit wang kertas tinggalan pengunjung dari Indonesia dan Thailand. Ada yang menampalkan gambar peribadi.
Ramainya orang Malaysia singgah restoran ini. Termasuklah selebriti. Antara sempat terpandang. Gambar-gambar penyanyi Adibah dan kumpulan nasyid Rabbani.
Pun berkira-kira mahu tinggalkan catatan pada wang not seringgit. Tertampan rancangan ini selepas terpandang nyonya restoran beri kad nama restoran pada Dr. J. Kita pun minta satu. Kata nyonya dalam bahasa Mandarin bercampur-campur bahasa Inggeris orang baru belajar. Sudah diberi satu kad pada suami. Suami hulurkan kad pada kita.
Dalam hati. Issh berkiranya nyonya ni. Fikir kita. Kad lebih ini boleh beri pada kawan.
Kami bertiga mengadap pandang bersusun wang seringgit RM pada dinding.
Kata nyonya. From Malaysia. Thailand. So many from Indonesia.
Kata hati. Nyonya ni tak tahu mana not Malaysia. Yang bersusun biru tu duit Malaysia.
Wanita dalam gambar itu. Itulah wanita bertugas di kaunter bayaran.
Kata suami. " Yang dalam gambar tu. Tu yang kat kaunter bayar. "
Suami berandaian wanita itulah Sailama.
Singgah gerai buah summer Julai Beijing Originally uploaded by
Ssuriha Singgah gerai buah sebelah restoran
Singgah kedai buah bersebelahan dengan Restoran Sailima. Suami beli buah pic dan buah mata kucing. Buah mata kucing atau longan. Buah kegemaran suami. Su pula alah pada angin buah ini. Juga segala sedara mara buah ini. Laici misalnya.
Suami mahu belikan kita anggur hitam. Baru tadi dalam pesawat. Baca rencana dalam surat khabar tentang tidak bagus anggur hitam buat sakit sendi. Lagipun selepas suami minta rasa. Buahnya sedikit masam walaupun segar. Beli buah di Beijing boleh minta rasa. Tidak sebagaimana beli buah di sesetengah negara-negara Eropah.
Mata berselera juga memandang buah anggur hitam itu. Buah kegemaran. Kalau buah dari luar negara. Bagaimanapun tegas memikirkan kesihatan.
" Lainlah kalau kat rumah. Ni nak panjat Great Wall of China ni. Lama lagi kat Beijing ni. Susah kalau sakit. "
Minta suami belikan limau. Limau bagus buat orang demam.
Terlihatkan suami bayar guna wang kertas besar not 100 Yuan China. Kalau di Malaysia. RM100 besar nilai. Sampai China. 100 Yuan baru RM50.
Sementara suami kita dan Dr. J beli buah. Philipe bertanyakan kita. Samada baju kita pakai itu baju kurung.
Tanya lagi Philipe. " Why are your wearing like this. "
" This is one of our national costumes. "
Selepas itu barulah terfikir. Gamaknya Philipe ini bertanyakan kenapa kita pakai tudung labuh begini. Ramai Cina Muslim Beijing bertudung tetapi gaya tudung terbiasa ramai wanita Malaysia. Sedangkan di Malaysia pun semakin kurang ramai lagi wanita Malaysia bertudung begini. Apalagi di Beijing ini. Kalau kita pakai tudung sebegini warna hitam dengan jubah hitam. Mahu nanti ada yang mengandaikan kita dari Iran.
Jengah sebentar simpang kenangan
Pernah di Wales bertahun-tahun lama lalu. Seorang uncle orang putih bertanyakan Su. Su dan puteri sulung dari pasar basah Queens Street. Tanya uncle itu senyum-senyum mesra. Jeritan tanya dari nun seberang jalan. Uncle itu di sebelah kedai video. Su di sebelah kedai Fish and Chips selalu Su singgah kerana ada sahabat Malaysia bekerja di situ. Sahabat itu hari ini seorang datin punya butik di Kuala Lumpur.
Tanya uncle Aberystwyth itu. Hello.. Which part of the world are you from. Iran?
Juga dua kali musim muda itu. Dua wanita Arab bertanyakan Su datang dari negara Arab mana. Salah seorang dari mereka ini. Sampai erat pegang tangan. Soalan dalam bahasa Arab. Kerana menyangkakan kita orang Arab.
Itu kalau kerana pakaian. Kalau dari kerana wajah rupa. Berbagai persepsi dan teka. Panjang pula nanti cerita.
Maka kembalilah kita kepada cerita Beijing sepetang Chaoyang.
Sementara suami dan Profesor Dr. J beli buah. Su merakamkan gambar sekitar restoran. Rakaman lagi gambar bangunan mall di seberang jalan. Mall mengingatkan kepada satu mall di Kuala Lumpur kerana warna kuning bangunan. Bukan mall kegemaran walaupun selalu pergi. Kini lebih selalu pergi Taman Mall di sebelah situ. Tetapi solatnya di mall kuning itu. Menurut staf mall taman itu. Surau situ belum sempurna.
Datang MPV hitam. Su sengaja memanjat kereta dari sebelah kanan. Sebelum Loh turun dari tempat memandu di sebelah hadapan kiri.
Hampir pukul empat petang. Hari masih terang benderang.
Sebelum menaiki kereta. Suami menanyakan kita Asar Beijing pukul berapa. Selepas pukul lima. Maghrib selepas pukul tujuh. Isya' selepas pukul sembilan malam. Subuh seawal pukul tiga pagi. Waktu-waktu musim summer. Hari siang lebih panjang.
Selepas ini. Perjalanan menuju hotel berdekatan dengan stesen bas besar sebagaimana dalam gambar tertera bawah ini.
Bus station sepetang lalu Haidian Beijing Originally uploaded by
Ssuriha
Tetamu Rasanubari