Selepas sepuluh hari dan masih di Chiang Mai

Dec 04, 2007 13:54




Selepas sepuluh hari dan masih di Chiang Mai.

1. Lebih selalu hari-hari di Chiang Mai ini dengan demam. Hari kelima sampai Chiang Mai. Demam bersakitan amat seluruh badan sampai tinggalkan wasiat pada Idris. Lama tiada singgahan demam sebegitu sekali. Kejutan perubahan cuaca dan penat terlalu. Juga sebenarnya sudah tertaqdir cerita begitu menyulami Cuti-Cuti Chiang Mai ini. Kalau Mak mati kat Chiang Mai ni. Bawa Mak balik kebumi di Malaysia. Mahu dua puteri membantu memandikan ibu. Tahu fadilat kubur jauh dari tanah tumpah darah. Pun begitu Bandar Baru Bangi masihlah berkategori jauh dari Singapura tanah kelahiran.

2. Belum begitu sembuh dari demam. Hari minggu. Hari meriah ceria. Jalan-Jalan Doi Inthanon. Taman Negara Thailand di puncak tertinggi negeri Thai. Meriah sehari dengan para peserta bengkel. Sering berseiringan dengan Dr. Rini. Dr. Rini satu-satunya peserta dari Indonesia.

3. Kirim poskad buat Bonda dari puncak bersusuran lalu pandangan hutan gunung tiga negara. Thailand, Laos dan Myammar kalau cuaca tanpa kabus. Suhu 5 Celcius. Beli bersusun poskad tetapi hanya ingat alamat pos Bonda. Alamat rumah Ti dan Johan pun boleh tidak ingat. Peringatan buat percutian lain kali. Bawa buku nota memuatkan alamat-alamat pos mereka yang penting dalam hidup. Telefon bimbit pula tertinggal di Malaysia.

4. Baru sembuh dari demam. Memanjat bukit bertanah merah. Bukan sembarangan bukit. Berkobar-kobar mahu melihat sendiri di hadapan mata. Melihat bukan sekadar lewat kaca tv. Wanita-wanita bersusun gelang di leher tinggi. Alhamdulillah tidaklah berperistiwa terpengsan. Cuma kelakarnya orang sudah berpatah mahu turun, kami baru sampai. Kami itu bermaksud kami suami isteri.

5. Bukit perkampungan satu suku kaum pergunungan Thailand. Kata Dr. T pun berketurunan suku kaum Dusun seperti suami. Macam orang Dusun bah.. Entah-entah sama keturunan kita. Mana kita tahu dari mana asal usul kita dulu kan. Orang tua tu. Betul-betul macam Mak aku bah. Sambung suami. Betul juga bah. Siap dengan sigup lagi tu.. Sigup itu gumpilan tembakau orang Dusun. Sebagaimana tembakau Mak Dara dalam filem Ibu Mertua Ku.

6. Sambung Su mengomen. Kaum-kaum mirip Dusun ini ada di kawasan pergunungan negara Cina, Taiwan, Thailand, Laos dan Myammar. Asalnya dulu dari Cina. Bak kata Dr. T. Mungkin suku di Sabah tu yang sampai selatan.

5. Wanita Chiang Mai ramai lawa-lawa manis comel. Lembut manis menawan. Selembut menawan kawasan pergunungan segar lembut cuaca.

6. Alhamdulillah mudah makanan halal di Chiang Mai. Kedai-kedai makan Islam sekitar Changklan berlokasi 12 masjid dan Night Bazaar. Pasar malam setiap malam ini merupakan salah satu daripada tarikan pelancong utama Chiang Mai.

7. Bandar Chiang Mai bersih amat. Bersih amat. Kurang tong sampah tetapi bandarnya cukup bersih. Malah sampai pendalaman dan gunung-gunung. Bersih semata. Begitu juga dengan tandas awam. Bersih bagaikan tandas-tandas dalam kamar hotel walaupun tandas awam di kampung-kampung.

8. Pernah di hadapan mata. Seorang anak kecil tercicirkan kertas bungkus gula-gula. Spontan bersegera ibu anak kecil ini mengutip kertas tercicir ini. Berbezanya dengan tempat kita.

9. Pasaraya sini banyaklah juga bungkusan makanan berlabel tanda halal. Malah teh dan air mineral dibungkus dalam negara Thailand pun ada yang berlabel tanda halal. Orang Islam di Chiang Mai punya kedudukan yang dominan dalam demografi bandar tua ini walaupun jumlah mereka hanyalah minoriti dari keseluruhan penduduk Chiang Mai. Baru saya tahu. Melayu di Chiang Mai ini keturunan Melayu Pahang sedari kurun 17. Melayu Chiang Mai ini kini sudah berasimilasi dengan keturunan Thailand. Lain-lain Muslim di Chiang Mai. Keturunan berasal dari dari India dan dari Yunnan negara China.

10. Bahan-bahan bacaan import dari United Kingdom dan Australia jauh lebih mahal dari harga di Malaysia. Tiada bahan bacaan. Surat khabar pun rata-ratanya bertulisan Siam. Setakat ini hanya jumpa dua surat khabar Siam edisi bahasa Inggeris. Beli juga sesekali majalah dari United Kingdom.

11. Rata-rata orang Chiang Mai kurang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Malah kalau di hotel. Hanya mereka bertugas di meja resepsi boleh bertutur bagus dalam bahasa Inggeris. Pun begitu ini tidak menghalang dari ramainya pelancong orang putih. Malah pelancong orang putih belajar bertutur dalam bahasa Thailand. Sebagaimana komen senyum-senyum mesra seorang pekerja hotel pada Su. When you're in Thai. You should learn to speak Thai. One day one word.. Lalu belajarlah kita bahasa-bahasa mudah Siam. Mudah kalau menawar barang di pasar malam.

12. Chiang Mai cantik? Pandangan dari udara kala pesawat mahu mendarat memanglah menawan mata. Pandangan gunung ganang dan meluas melaut sawah padi bukit. Sawah padi sesaja. Manakala kawasan pergunungan kami sampai. Indah lawa lagi Kinabalu di Kundasang sana.

13. Apa pun Chiang Mai nyaman segar. Bandar sederhana besar tetapi mewah kaya dengan identiti Siam. Bandar tua bersempadan dengan Myammar.

14. Kami kebetulan di Chiang Mai ini pada masa sedang berperistiwa dua perayaan utama. Festival Loi Kratong atau Pesta Cahaya. 5 Disember ini hari ulang tahun ke 80 King Bhumipol.

15. Gambar satu dari sudut laman hotel kami menginap dua minggu ini. Harga kamar hotel berbintang-bintang di Thailand ini berkategori lebih kurang harga kamar hotel di negara kita. Hanya sehari dua baru sampai. Susahnya mahu berkomunikasi dengan pekerja hotel. Kini sudah ada pekerja hotel bagaikan kawan. Su bertutur dalam bahasa Inggeris. Mereka menjawab dalam bahasa Siam.

Masih demam. Sambung cerita kemudian.





Tetamu Rasanubari

4haribulan, travelling, sentosa, demam, flickr, wednesday, wisata, thailand

Previous post Next post
Up