Feb 17, 2011 22:13
Kelmarin, aku ke Mydin untuk menemani ibunda tersayang.
"Ah, cantiknya payung itu!", kataku lalu mengambil payung itu masuk ke dalam troli untuk dibayar oleh ibunda tercinta.
Dengan rasa excited, payung itu terus dibawa ke office keesokkan harinya oleh beliau dengan harapan hujan akan turun dengan lebatnya.
"Whe, ni la payung aku tuh!" Owh! Rupa-rupanya, beliau telah mewar-warkan kehadiran insan, eh, payung dalam hidup beliau. Tapi seribu kali sayang, hujan yang ditunggu tidak kunjung tiba. Dengan perasaan berat hati, payung itu terpaksa ditinggalkan di dalam office.
Pada keesokkan harinya, berbekalkan harapan yang penuh di dada, beliau pun melangkah pergi ke office dengan doa yang tak lekang di mulut agar hujan turun pada hari itu.
"Ala... pagi tak hujan pulak...", kata beliau. Rasa hampa menyelubungi hati beliau yang fragile itu. Kemudian, beliau menambah, "Xpe! Balik ni hujan kot!" Aaaaa... sungguh tabah hati yang fragile itu.
Waktu berlalu dengan pantas tetapi hujan yang ditunggu tidak jua kunjung tiba..
'Dong... Dong... Dong... Dong... Dong...' Jam berbunyi lima kali menandakan sudah masuknya jam 5 petang. Tetapi... masih, hujan yang ditunggu menyepikan dirinya lagi.
"Xde rezeki kot arini..." keluh beliau.
Tepat jam 5.45 petang, beliau pun melangkahkan kaki keluar dari office bersama sahabat baik beliau, Max (bukan nama sebenar)
"Aku nak carik Chonmage Purin. Temankan aku carik sat!" kata beliau untuk mengubat jiwa yang lara.
Lalu mereka berdua pun pergi merayau-rayau dengan arah tujuan. Cari... dan cari... masih tidak jumpa.
"Xkua Malaysia lagi kot..." kata beliau.
"Download je la" pujuk Max. Aaaah... sungguh indah persahabatan mereka.
"Xbole... aku punye quota da exceed bulan ni. Kene tunggu billing date baru" ujar beliau.
"Bile tu?" tanye Max semula.
"17hb"
"Bukan ari ni 17bh ke?" kate Max.
"...................."
"Ahahahahaha! Aku lupe!" tumbuh sudah taman bunga yang mekar indah di dalam hati beliau.
'Malam ni aku nak download Chonmage Purin!' Hal ini telah menjadikan beliau LUPA akan kesedihan akibat tidak dapat bertemu dengan Sang Hujan. Lalu, mereka pun melangkah pulang.
Setibanya di Entrance Exit di Mid Valley....
"Whe...tu...tu...tu...HUJAN!!! LEBAT GILER!!!! Yippe!!!!!!! Yess!!! Yessss!!!" Jerit beliau keriangan.
"Aku nak balik office jap, nak amek payung!" kata beliau sambil tersengih panjang.
"Aku nak beli payung jap. Kat ane ade jual payung ek?" tanya Max.
"Kat Carrefour?" Jawab beliau.
"Ok. Kang kite jumpa balik kat sini." kata beliau lagi.
Sambil berlari-lari anak, beliau pun menuju ke office.
"TK, I kat luar office ni. Amek kan payung kat bawah meja bole x?" kate beliau di telefon. setelah mendapatkan payung itu, beliau pun menuju ke tempat yang dijanjikan.
'Mane makcik ni?' bisik hati beliau dengan kebimbangan.
'Cepatla...ujan benti kang....' bisik ati beliau lagi.
'Ah, tepon la sat'
"Whe, payung kat area ane?" tanye Max apabila talian disambungkan.
"Mane aku tau??" jawab beliau.
"Tadi ko kate ade jual kt C4!"
"Mestila. Da pasaraya besar, xkan xde jual payung kot! Ko katne ni? Aku datang kat tempat ko skarang!" Kate beliau.
"Kat bahagian bantal ngn tilam"
'Tilam ngn bantal? Kat sna ader payung ke?' bisik hati beliau. Dengan hati yang tak keruan, beliau pun melangkah ke C4 bersama payung yang tercinta. Belom sampai ke bahagian tilam, tiba-tiba.........PAAAAAAN!! Beliau ternampak payung-payung yang berwarna-warni.
"Whe, aku kat bahagian aksessori pompuan. Ade payung kat sni. meh le dtg sni" kata beliau melalui telepon.
"Laa...aku baru je messege ko. Jap2, aku datang" kate Max. Max pun menunjukkan kelibat beliau tidak lama kemudian. Belek punya belek...
"Ceh, baik aku beli kat tepi jalan! Baru 5 hengget je" kate Max lalu meninggalkan Niza terpinga-pinga. Mereka singgah sebentar, bukan membeli kit-kat, tapi membeli coklat Cadbury.
"Tengok?? Dapat 2 buku coklat tau daripada abeskan duit beli payung td" kate Max sambil menayangkan coklat Cadbury-nya.
'Ah! Pedulik hape aku dengan coklat ko! Cepat! Nanti hujan benti!' bisik hati beliau. Selepas membayar, mereka pun menuju ke pintu Entrance tadi.
'Yay!' hati beliau enjerit keriangan. Tiba-tiba.... beliau dihujani suatu cahaya yang terang...
"Muahahahaha!! Hujan da benti! Ah! Bas aku da sampai. Aku gi dulu!" Kate Max sambil meninggalkan Niza yang kebiolan.
"Hu.. Hu... Hu.. HUJAN AKU!!! MAX!! PULANGKAN HUJAN AKU!!!" jerit beliau.
-TAMAT-
life