Kenapa kau bersedih?

Mar 10, 2015 19:15

Sedih, insecure..perasaan yang tak dapat dipisah dari hati anak muda, termasuk diri aku. Aku sedih sebab aku suka seseorang yang aku rasa terlalu baik untuk aku. He's wayyy out of my league. But then I ask myself, why am I sad over something like this? It's not like I confessed and was rejected. Of course not, I'd rather be buried alive than telling my best friend about someone I like, and we're talking about confessing here. Pffft.

Aku sedih sebab aku rasa teruk. Aku jauh dari Allah. I barely able to take care of myself and my iman, and here I am thinking about a guy who can never be mine. I'm ashamed. Pernah aku bertanya pada murabbiku tentang masalah macam ni (angau and the likes) and their answers hit me; Check iman balik. Kalau kita sibuk mengejar dan medambakan cinta Allah, takkan kita punya waktu untuk berfikir yang sia-sia?

Bukan niatku menyalahkan cinta kerana rendahnya iman diri ini. Tetapi aku tahu yang diriku belum layak untuk menyintai dan dicintai. Terlalu banyak kekurangan diri ini yang mungkin tidak dapat dilihat manusia di luar sana kerana kasihnya Allah yang menutup aibku. Cinta itu fitrah.  Tetapi kalau hidup dibelenggu angan-angan, layakkah aku memberitahu orang yang hidupku untuk mengejar syurga-Nya? Aku malu.

Ampunkan aku Ya Allah. Sungguh hanya cintaMu sahaja yang kekal dan tiada batasnya. Ampunkan aku kerana lalai dan leka.

N,
10/03/15
Raudhah, Yogyakarta
Previous post Next post
Up