Berusahalah!

Nov 22, 2008 13:30

Banyak sebenarnya berlaku dan berubah seperti pemergian abah. Ramai org yang sedang memerhati tidak rasa akan perubahan ini. Aku juga sengaja tidak mahu jadikan pandangan org lain berubah tentang siapa diri aku.

Banyak yang belum diuruskan. Banyak yang perlu dilaksanakan. 
Aku waris sulung lelaki. Tannggungjawab di tangan aku. 
Aku cuba untuk melaksanakan. 
Mama adalah fokus utama sekarang. 
Tapi semakin sukar untuk aku melaksanakan. 
Atau hanya aku yg terasa. Sebenarnya sudah cukup apa yg aku laksanakan.

Biarlah. Aku hanya berusaha.

Kenangan indah itu tiba-tiba menerjah. Rindu itu semakin terasa. Pemergiannya makin dirasai.
Moga ia berada dikalangan golongan orang beriman. Amin.

Aku semakin tepu untuk fikirkan semua ini. 
Tanggungjawab adalah yang paling utama.

-ei- 
Previous post Next post
Up