Mar 31, 2014 18:35
Tiga hari lepas-28-3-2014; baru sahaja selamat mendarat di haneda. keesokan harinya, naik flight lagi terus sampai fukuoka. Lebih kurang pukul 1000 tiba di rumah, goreng kepsi buat sarapan. pukul 1130 keluar rumah semula pergi Tosu outlet bersama kohai-kohai baru yang macam biasa akan cuak dengan senpai dia ni walaupun senpai ni sangat lah baik hati dan penyayang gituh....balik outlet, malam 1900 sampai 2100 bantai kaki orang main futsal. seyes terasa sangat berat untuk berlari dan membuat sepakan melepas geram ke adek-adek baru yang belum reti bahasa serta belum pandai baca udara dan memberi hormat abam-abam yang jenis:simpan dalam hati, jap lagi habis la ko. pas futsal, cam biasa joiful sampai pukul 12. balik rumah bajet nak tidoq, ade match pulak. tonton dan tidoq.
semalam-30-3-2014; bangun subuh kemudian goreng cucuq buat sarapan adek-adek yang luka-lebam dan pengsan setelah kepenatan seharian melayan abam-abam mereka. apa yang seronoknya goreng cucuq, bila cucuq da siap goreng aku da kenyang dan takmoh tengok cucuq lagi, silalah habeskan. barulah dapat lena sebentar mengumpul stamina semula untuk mengemas bilik yang carca-merba tak serupa bilik seekor homosapiens. buat pengetahuan diri sendiri juga, burung merpati dua sejoli suka melepak di luar branda bilik, walaupun da pasang jaring mereka dapat juga masuk. akibatnya, mesin basuh, lantai, baju kotoq tak sempat cuci b4 balik mesia dicurahi sisa-sisa mereka; dan juga ada yang terkorban dek tersangkut hanger. kan da cakap jangan masuk, sia-sia jer mati tak sempat sembelih. terpaksa la gali tanah sekangkang kera belakang rumah untuk menyemadikan jasad mereka. lepas tu, barulah dapat membersihkan hasil tinggalan khazanah mereka dan membetulkan jaring branda. kalau masuk lagi, aku sembelih gantung kat branda buat pengajaran kpd mereka yang masih hidup.
tu baru cerita siang, malam pula dari maghrib sampai ke isyak bincang nak masak apa, sedar-sedar pukul 2200 perut da lapaq gileq dah nih. nak ajak kohai makan sushi, dah tutup. so, macam biasa-ambik duit pergi joiful. tambahan pula, senpai da nak balik esok paginya, maka masa berlalu sangat pantas. 0230 tinggal kami saja yang sanggup gelak ketawa macam tak reti balik. ok la. balik tido kejap.
harini- 31-3-2014; bangun subuh, tuka baju sbb bau rokok, lari-lari anak pergi surau. bina stamina orang kata (dah lewat da sebenarnya, kang tak pasal-pasal kena pelengkung orang da tunggu lama). pas subuh, mandi. mandi pagi kan menyegarkan badan, tak macam orang tu ketiak da berpeluh baru nak mandi, no good-no good. hensem-hensem sikit, sikat rambut ikal mayang nih pergi hantar satu-satunya senpai yang bfg tahun ni. sedih kan beliau? sedih doh. kitorang tak boleh sedih, kalau ktorang sedih beliau lagi sedih. takde geng nak borak dalam flight, kang layan air mata lak hihi
balik dari hantar senpai kesayangan kami, nak tidur memang tak dapat la. sensei hantar emel kata kohai nak masuk lab. dengan semangat baru sebagai student tahun 1, pukul 1045 kayuh basikal pergi lab, lapor diri dekat sensei. pastu sensei suruh emel kohai-kohai nih. laaaaa, aku ingatkan diorang da kontek sensei, manja gila nak senpai kontek dulu. kitorang dulu.........haish tak payah la cite, panjaaaang. setelah berbalas-balas emel yang memang sengaja aku lambat reply, akhirnya mereka nak datang esok petang. tak apalah, buat-buat rajin kemas meja, susun-susun sikit, buang sampah, dan baca paper. buang tebiat. tak tahan lama, dah la ngantuk baca tak masuk tersenguk-senguk. tu yang mengarut dekat sini akhirnya, senpai pon da balik, aku pon nak mengundur diri.
terima kasih kerana membaca bacaan ilmiah ini. semoga apa yang kita baca, dapat diamalkan dan disampai-sampaikan kepada mereka yang tiada dalam majlis ini. tangguh majlis dengan tasbih kafarah dan suratulAsr.
p/s: minta maap kalau ada silap-kata. nak cerita lain, tak sangka intro saja da 15 minit. so baik balik umah, tolong kohai masak. boleh la dinobatkan sebagai abam terbanyak-songeh. hoyeeaah~
2014,
campus_life,
killing_time,
mengarut