cubit pipi hadek, abang terase sakit

Jul 07, 2012 03:46

assalamualaikum,

kat bawah ni ada satu gamba,tempat kejadian adalah tenjin, fukuoka; tarikh 10jun 2012.
gamba ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar syria yang belajar di fukuoka.



inilah namanya, "silent demostration". mereka berdiri daripada pukul 12.00 tghhari sehingga 4.30 petang. sambil memegang banner lebih kurang 6 meter panjang 2 meter lebar tuh, dan mengedarkan kertas bersaiz A4 yang menceritakan tentang hal negara mereka.

aku dapat emel y di forward kan oleh pihak masjid dalam international language yang bermaksud "kepada sesiapa yang berkelapangan masa, silalah sama-sama mengadakan silent demostation untuk syria pada hari ahad ini di tenjin"

bile dapat emel nih rasa sangat teruja, semangat berkobar-kobar tak sabar nak menunggu ketibaan hari yang dijanjikan.

tapi, pada hari dan waktu yang dijanjikan, hampa, kecewa, sedih.. bergenang air mata. yang turun hanyalah anak bangsa syria itu sendiri, bersama 2 orang kawan jepun mereka.

mana pergi umat islam kat fukuoka nih?

bergenang lagi air mata bila teringat kesungguhan mereka. walaupun sikit diorang buat y terbaik.

sepanjang aku bersama mereka, hati sentiasa nak bersangka baik. " diorang bz kot.. diorang ade anak bini nak kena jaga.. report paper berlammbak-lambak nak kene siapakan" dan macam-macam lagi.

tapi semuanya tak leh pakai,

hati memberontak " apalah sangat kerja-kerja kita kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita yang sedang disembelih??!!" bile Allah tanya, apa dah kite lakukan untuk saudara2 kite, kite nak jawab, "ya Allah, aku bz giler la mase silent demo hari tuh"

ahh!!!
sediakanlah seribu satu alasan...
mereka akan menuntut hak mereka sebagai umat islam.









semasa demo tu, seorang macik jepun nih tanye,
" ade effect ke korang buat macam nih?? ye lah, jepun ni kan aman damai. mana lah orang nak sibuk-sibuk ambik tahu"

kalau macik sekadar tahu apa yang berlaku kat syria pada hari nih pon dah cukup sangat membantu.

pada mata manusia apa yang kami buat mungkin tiada nilai, hanya berpenat lelah membusukkan baju dengan peluh semata-mata.

kami hanyalah seekor burung yang sedang memadamkan api yang membakar nabi ibrahim dengan air di paruh.

jepun dan malaysia tak banyak beza nya, mungkin dari segi pembangunan jepun maju 20 tahun kehadapan, tapi sebenarnya jepun dan malaysia sebenarnya ada satu penyakit yang sama.

penyakit ignorance.

masing-masing menyibukkan diri masing-masing dengan hal masing-masing.

"aku ade meeting la minggu nih, nak wat preparation mane ade mase nak tahu sume nih"

" paper aku berlambak wooo nak kene siapkan, baru lah dapat anugerah dekan"

" aaaah, wat apa nak amek tahu hal orang lain, kita-kita lah. nak sibuk-sibuk apahal. baik aku amek D90 bawak kua jalan-jalan ambek gamba keindahanan ciptaan Illahi"

mata bergenang memikirkan ummat yang semakin tenat. mungkin kerana masyarakat muslim disekeliling aku sangat kecil, aku boleh nampak segala yang berlaku.

-kurobara-

sebenarnya, aku sama jer dengan korang sume dua tahun lepas. aku tak kesah pon apa nak jadik kat malaysia mahupon umat islam. dua tahun lepas, ade gak silent demo tentang palestin. masa tu teraselah amat jahil, mungkin sebab masih kanak-kanak yang bodoh terpedaya dengan muslihat musuh. dengan gamenya, D90 nya dan termasuklah kerja-kerja sekolah yang menjadi alasan.

Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang untuk merasa kepentingan mengambil tahu hal mereka.

Alhamdulillah, hari yang panas masa silent demo, kulit yang terbakar sinar matahari, peluh-peluh yang menitik, tekak yang sakit menjerit, sendi-sendi tangan dan kaki menjadi saksi dihadapan Illahi.

aku da penat berehat selama 20 tahun, izinkanlah aku bergerak, ya Illahi.

semoga Engkau membuka hati ahli keluarga ku, rakan-rakanku, kerna aku rindu untuk duduk bermain dengan mereka di bawah pohon syurgaMu.

dan izinkanlah aku bertemu ramadhanMu.

..

.

p/s : aku paling tak suke orang kata "wat apa amek tahu, wat pening kepala jer" 
use your head, think how to solve the problem!!!! 
dan tekanlah link ini kalau nak menghayati suasana di syria..

live_life, photo, reminding_myself, 2012, dedication

Previous post Next post
Up