I'm not lost, I'm undiscovered.

Jan 31, 2012 22:57

Sekuat mana minda menolak, sekuat itu jugalah hati menarik semuanya untuk kembali teguh. Seteguh yang asal. Selalu terfikir, kenapa? Dah redha. Dah pasrah. Dah putus asa. Tapi, yang mahu ditolak jauh-jauh itu tetap macam itu juga. Tak mahu diubah mahupun berubah. Sendiri punya pendirian pun tak pernah tetap macam ni. Kalau ada perkataan yang sama maksud dengan sepuluh kuasa sepuluh kepenatan didarab dengan sembilan, tolong beritahu. Tolonglah ada? Tolong? Ada yang berpesan, "Biarkan dia dengan pilihannya. Kamu tetapkan hati dengan pilihan kamu". Hai Encik-yang-saya-idola-kan, saya sudah begini selama dua belas tahun. Tanpa henti. Tanpa pengganti. Tanpa rasa ragu. Dua belas tahun dengan gembiranya bersama dengan perasaan ni. Tanpa dipaksa. Tanpa disuruh. Kerelaan sendiri. "Membiarkan dia" ialah worklist saya yang nombor satu. Tahap mahu mencapai maksud sebenar "membiarkan" terus-menerus saya kejar. Begini, begitu, semuanya saya "biarkan". Objektif konon-kononnya mahu dia tahu gerak hati sendiri. Mahu dia cari hatinya sendiri. But deep inside, apa yang saya mahukan ialah untuk dia mencari diri saya. Find me the way I've found my unconditional feelings towards him. Find me the way I've found him. Bukan bermaksud mahu dia mengejar tapi lebih kepada mahukan dia melihat saya yang berada di depan dia. Nobodys perfect. Terkadang, mungkin atas sebab membuat kesilapan yang constant, pandangannya akan beralih. Saya terima. Manusia memang ada daya tarikan untuk sesuatu yang baru. Saya terima. Manusia sentiasa mahukan yang lebih baik. Saya terima. Bila dah dua belas tahun begini, saya mula terfikir, beralihnya pandangan dia mungkin sebab dia masih lagi tidak dapat mencari diri saya. Pesan Cik-idola, "Relationships are built on understandings, if you are not clear in what you want, then don't expect any further improvement." This entry is written mutually, means, it applies to me too. I am myself having difficulties of opening up to people around. One of them probably him. And probably that's the whole reason why he still can't find me. Or maybe why most people can't too.

Mambaca ceritera cinta orang lain bersama dengan orang yang saya kenal-sudah-pasti, diiringi dengan gambar senyum tawa, walaupun air mata jatuh mencurah-curah, tapi there's a sudden feels of relief. Lega. Lega sebab dapat lihat senyum manis yang diri sendiri jarang-jarang dapat lihat. Lega sebab dapat lihat he's having fun after a series of life-breakdowns. Lega sebab dapat lihat raut yang selesa dengan keliling. Dan mungkin juga rasa lega sebab, saya mungkin tak dapat berikan itu semua. Tipulah kalau hati ni tak luluh, tak berderai. Tapi agak lega sebab tahu he's in a good hands of someone. Jadi, keputusan menjauhkan diri tu baik, bukan? Tidak adil, katanya. Mungkin, tapi saya menjauhkan diri untuk beri diri saya, kamu dan dia peluang. Peluang untuk fahamkan rasa hati tu. Tak faham tak apa. Cari lah sepuasnya. Cuma jangan terlalu memberi harapan kalau hati masih lagi tak tahu. That applies to me too. Hati kalau boleh di-bandage, tak apa, tapi realitinya tak boleh. Saya pun tak mahu lagi meroyan-royan beremosi unfriend/friend, kawan/tak nak kawan, dan sebagainya. Hahaha. Uhkuwah Fillah, Uhibbuki Fillah. Uhkuwah kerana Allah. Saya sayangkan kamu kerana Allah. Berkawan bukan setahun dua. Persahabatan yang dah terjalin lama tu juga yang saya fikirkan.

Agak mahu mengaku meroyan la juga sebab blog ni pun isinya dah halfway penuh dengan cerita cinta. Hahaha. As I've said earlier, saya bukanlah orang yang pandai nak open up dengan orang keliling. This is my way of pouring out everything that I couldn't hold into no more. Writings dah jadi macam theraphy. Tak nak baca, sudah! :P

p/s: Entry meroyan sebelum ini akan di delete. Terima kasih.

love, journal, friends

Previous post Next post
Up