Dec 21, 2011 02:16
Peluang besar di depan mata, tapi hati masih lagi kosong. Tak tahu apa yang sendiri mahu. Pernah rasa macam ni? Feeling yang no matter how much you've achieved, still felt like you're stuck at the same point. Mak cakap saya murah rezeki tapi sombong. Lepaskan yang baik kerana terlalu sibuk kejarkan sesuatu yang gambarannya lagi baik.
"Sampai bila nak macam ni?", tanya mak.
"Entahlah, Mak," jawapan standard bila diri sendiri serabut mencari kemahuan diri sendiri.
Bukankah manusia diseru untuk terus berusaha sentiasa dapatkan yang terbaik?
"Betul. Tapi cara kau salah. Tuhan tu adil. Dia bagi kau rezeki. Kau ambil. Tapi apa guna kalau kau ambil tapi tak tahu hargai? Tak ada jalan pendek dalam hidup ni untuk dapatkan yang terbaik"
Tapi, rezeki yang lagi baik datang kemudian. Bukankah tidak baik kalau menolak rezeki yang datang?
"Dia kurniakan kau akal. Fikirkan. Sekarang ini soalnya, aku lihat kau mengikut nafsu hati. Keputusan yang kau buat berdasarkan nafsu. Ada pernah kau selitkan apa yang kau mahu capai? Ada pernah kau selitkan masa depan jangka panjang?"
Betul lah orang cakap, kalau hidup berlandaskan nilai wang semata-mata memang tak akan bahagia. Tak capai kepuasan apa-apa. Orang tamak selalu rugi. Rugi apa? Rugi kepuasan hati sendiri. Rugi "seniority", kata ayah. Kesimpulannya? Kepuasan. Doakan saya temui apa yang saya cari, kawan-kawan :)
journal