Alternatif.

Nov 23, 2011 01:21

Tidur dengan tingkap dan langsir dibuka besar supaya bangunnya diri pada esok hari disambut pemandangan langit. On lucky days, boleh nampak bulan atau matahari. Alternatif lain bagi rutin bangun dari tidur, mencari orang yang sudah jauh.

Membawa dan membaca buku ke mana saja. Alternatif lain bagi rutin memegang handphone dan texting.

Mengelakkan diri daripada keluar pada malam hari untuk tidak mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang sudah jauh. Alternatif lain bagi rutin berjumpa hampir setiap malam.

Sakitnya bila dah jauh terletak pada rutin yang terdidik semasa bersama.
I can do this. Yes, I can.

love, journal

Previous post Next post
Up