Biarkan saja

May 06, 2011 16:36

Kalau dah namanya manusia, memang akan sentiasa buat silap. Tak buat kesalahan, kita tak akan pernah belajar. Selagi kita tak faham, selagi itu lah kita akan cenderung buat salah. Belajar dan belajar. Itu kitaran hidup. Orang yang buat salah dan tak mahu berdiri dan berani mengaku ialah orang yang hidup dalam denial. Orang yang buat salah dan seumur hidup mahu menghukum diri atas kesalahan ialah orang yang takut dengan perubahan. Orang yang hanya nampak kesalahan orang lain tapi tak pula nampak kelemahan diri ialah orang yang sombong. Itu pendapat saya.

Saya pernah beritahu kawan tentang pegangan "Biar orang buat kita, tapi kita jangan buat orang" tapi dibalas "Tak boleh macam tu. Orang akan take you for granted" Pendapat orang semua lain-lain. Personally, saya masih lagi dengan pegangan tu sebab saya percaya karma. Biar mereka belajar sendiri, tak perlu nak berbalas-balas rasa sakit. Bukan tugas manusia untuk menghukum manusia lain. Nak selesa kat dunia ke nak selesa kat akhirat? Sedangkan Nabi yang maksum tak balas orang buat jahat kat dia. Jadi, kita pun kalau boleh, cuba sedaya upaya untuk contohi baginda. Maka, biarkan saja.

Berdiam bukan bermakna takut. Senyap bukan bermakna kalah. Mengelak pula bukan bermakna lari dari masalah. Tapi sila percaya, lakukan semua ini atas sebab, "Allah sayangkan saya kerana Dia beri dugaan untuk saya hadapi dan belajar di kemudian hari"

Maka, jika ada yang bercita-cita mahu menjatuhkan atau menghancurkan anda, dengan kutukan, kejian dan hinaan, biarkan saja. Jalan terbaik ialah dengan membalas kejahatan dengan kebaikan. Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita. Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita. Balaslah jasa orang, lupakan kejahatannya. Tak payah serabut, kan?

journal, friends, family

Previous post Next post
Up