Berpuasa sekali lagi ; 2010

Aug 14, 2010 15:27

Sekian lama aku menanti kedatangan bulan yang mulia ini.
Akhirnya tiba juga RAMADHAN :)
Tapi yang aku harapkan dapat berpuasa bersama keluarga, kerana setelah sekian lama aku tinggal di asrama dan aku mahu menikmati berpuasa bersama keluarga. 
HOWEVER, tahun ini nasib aku juga sama. Aku sekarang bukan lagi berada di asrama, malahan aku berada di UNIVERSITI di suatu tempat yang sangat jauh dari hometown; iaitu di Puncak Alam.

Alhamdullilah, aku telah berjaya menjalankan ibadah puasa aku selama 3 hari setakat ini :)
Bagi aku puasa tidak memenatkan walaupun aku ke kelas berjalan kaki dengan keadaan dewan kuliah aku yang nun jauh di sana. Balik bula ke bilik, aku menaiki tangga 'BATU CAVES' jugak.
Kalau diikutkan hati, nak naik bas je lah. HAHA. Tapi bulan ini aku harus berjimat taktala duit elaun aku menghampiri negative infinity. HAHA.

Bulan ini juga, aku cuba untuk hanya berbelanja sebanyak RM100 je.
Tapi pada hari pertama berpuasa, aku telah menelan belanja sebanyak RM10. MELAMPAU betul atiff chan ni :P
Tapi aku telah ambil langkah berjaga-jaga, haha sehari aku hanya dibenarkan belanja sebanyak RM5 je. OK lah kan ;)

Sahur pula, aku selalu bangun, sebab aku jenis yang memang kena makan kalau berpuasa. Tapi kalau aku tak sahur pun, boleh je aku puasa, cuma letih je la. Sahur kat puncak alam tak best, tkde kedai yang bukak. Time kat asrama dulu, dewan makan slalu bukak and aku slalu turun especially bila ada lauk 'AYAM' hahaha. Kat puncak alam, makanan paling hebat time sahur :  ROTI GARDENIA + CAMPBELL SOUP (yang instant) T_T

Sedih kan?

Sekian, berita dari puncak alam ;D
SALAM RAMADHAN! 

ramadhan, uitm

Previous post Next post
Up