Sep 20, 2005 22:30
Assalamualaikum... di bawah ini adalah beberapa
artikel yang mungkin sesuai untuk para sahabat-
sahabat kita yang telah atau akan melangsungkan
perkahwinan. Kepada yang mungkin masanya
belum tiba, anggaplah ia sebagai satu panduan.
Kerana ia adalah satu perkara yang akan dialami
dan akan dilalui oleh setiap insan.
Syurga rumahtangga itu fitrah hati.
Naluri semulajadi yang pinta diisi.
Kerananya jejaka rela menjadi suami.
Kerananya perawan rela menjadi isteri.
Masing-masing dengan harapan agar rumahtangga
membawa kebahagiaan.
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku.
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza.
Lalu bermacamlah jalan ke sana.
Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta.
Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang
jutawan).
Tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku
seorang celeberity).
Ramai juga yang merasakan bahagia itu pada
kuasa dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah,
suamiku seorang negarawan).
Pelbagai jalan menimbulkan dilema.
Mencari yang benar mempelai tersasar.
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati.
Kesannya zahir rupanya maknawi.
Terpendam bagai permata dalam hati.
Terbenam bagai mutiara disalut nurani.
Bahagia itu pada HATI.
Bertakhta di kerajaan diri.
Bahagia itu pada JIWA.
Mahkota di singgahsana rasa.
Bahagia itu KESABARAN.
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu
memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-
sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah
zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak
iman Tuluskan niat luruskanmatlamat 'suamiku,
kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah
permaisuri hati... ..' penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama
Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah Di atas tapak
iman dirikanlah hukum tuhan.
Iman itu tujuan.
Syariat itu jalan Tempat merujuk segala
permasalahan.
Tempat mencari semua penyelesaian - isteriku,
taatilah hukum Allah... .
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w.
Binalah hidup di neraca maaruf.
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ... .iman.
Jalannya ... .syariat.
Natijahnya... ..akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagian
rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang
suami' 'cinta dan kasih isteri', lalu berbuahlah
mahmudah. Demi mahmudah yang
melahirkan... .. "Soleh dan solehah".
KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI.