(no subject)

Jan 13, 2012 15:44





walau seteguh mana diri cuba menjadi penyokong, walau seteguh mana diri cuba membatu, walau seteguh mana hati menahan sebak, namun semua tidak dapat menandingi dugaan, keteguhan dan ketabahan yang kau hadapi. kau tidak kalah dalam perjuangan ini.....

terasa sayu melihat wajahnya ... wajah tabah yang ditunjukkan di sebalik hati yang meronta ... senyuman yang dilontarkan di sebalik wajah yang duka .... terasa sayu mengiringi kepulangannya ..... tapi apakan daya hanya pandangan yang mampu di lemparkan ... hanya kata semangat yang mampu di utarakan .....

di sebalik senyuman ada tangis. di sebalik pengorbanan ada jiwa yang terkorban. bila senyuman diberi ada orang berkata tabahnya dia. bila tangisan yang ditunjuk orang berkata nak menagih simpati. setelah segala permintaan tertunai kenapa masih lagi menagih janji yang belum tentu mampu di laksanakan. bila cuba membantah akan dikata tidak mahu memahami. di suruh memahami tetapi sendiri tidak mahu memahami keadaan. persoalan pula dilontarkan...'kenapa'....

Previous post Next post
Up