Aug 09, 2007 15:03
Maaf kerana isian BI semalam. Tak tukar mode la....
Kekadang terfikir bagaimana kita memikirkan tentang sesuatu? Sesekali pemikiran tentang sesuatu topik menyebabkan kamu berfikir.
Bila difikirkan, aku selalu mempunyai pemikiran ini. Di mana aku melihat dunia sebagai suatu pentas cerita. Di mana apa pun perkara yang terjadi, terletak di tangan kita. Sama ada kita menjadi watak utama, watak sampingan, watak pembantu... ia bergantung kepada tindakan kita. Tidak kira sama ada watak kita menuju ke arah menjadi antagonis atau protagonis. Semua itu berganting kepada tindakan kita. Tidak semesti suatu tindakan itu benar-benar salah atau tulus. Tidak ada yang sepenuhnya jalan baik... ataupun jahat. Dunia tiada yang pasti hitam atau putih. Pasti ada warna monokrom in antaranya. Seperti printer Dot Matriks yang ku pernah guna. Ah.... endahkan kata-kata saya.
Adakala nya ku melihat dunia seakan suatu permainan. Seperti permainan RPG yang ku suka memainkan. Selain itu pemikiran ku seperti sebelum ini. Juga dengan tambahan dimana kita sebagai pemain, bersaing di antara satu sama lain untuk mencapai matlamat. Akan tetapi, pemikiran ini membawa ke arah realiti yang sedih. Di mana... dalam persaingan, sesetengah orang menggunakan helah kotor serta taktik keji demi untuk menjatuhkan saingan mereka. (Ya.... tatabahasa aku ada silap. Maaf Nik Sapiah Karim... T_T) sesiapa yang merasa ganjil akan penyataan ini... anda pasti boleh memahami sekiranya isian dahulu ada dapat membaca. Jika tidak... mohon maaf. Ada perkara yang hanya dapat diluahkan kepada teman yang rapat sahaja.
Hidup ini penuh dengan cabaran dan 'plot twist' yang tidak dapat dijangka. Mengatasinya adalah tugas kita. Pabila kita memilih jalan putus asa, maka tamatlah kita di situ. Ah sungguh saya mahu menyampaikan mesej ini pada semua. Sayang saya tiada mood mahu mentranslasi mesej ini.
Sekian. XD
t: life,
t: bm