#5 DISTANCE : Bungee Jumpee!

Dec 16, 2008 19:16

DISTANCE
Part #5 : Bungee Jumpee!




Taguchi Junnosuke amat senyap sejak dua menjak ini. Walaupun begitu, dia tidak pernah ingin kelihatan muram. Inilah dia, seorang optimis daripada kumpulan KAT-TUN.

Ѽ    Tanaka : Maafkan aku. ( menghulurkan sekeping biskut )
Ѽ    Taguchi : Ah, Tanaka.
Ѽ    Tanaka : Ambillah, ada perisa momotaro.
Ѽ    Taguchi : Err… ( tak terkata )
Ѽ    Akanishi : Biar aku sumbatkan ke dalam mulut dia. ( menyampuk )
Ѽ    Taguchi : Arr, bagi aku biskut tu! Terima kasih, Tanaka.

Ѽ    Ueda : Kau rasa lagu ni sedap tak?
Ѽ    Maru : Eh, aku kenal suara penyanyi ni! Nanti dulu, siapa ye?
Ѽ    Ueda : Itu suara akulah. ~
Ѽ    Maru : Oh, aku dah agak! ( mendengar rakaman suara Ueda ) Kau reka lirik ni sekali ke?
Ѽ    Ueda : Ye, aku namakan ia “Love in Snow”.
Ѽ    Akanishi : HEH?! ( terkejut ) “Love in Snowman”?
Ѽ    Ueda : Love in Snow. Kau nak dengar?
Ѽ    Akanishi : Shock.
Ѽ    Maru : Wah, Jin! Kau beli rantai dari mana tu?
Ѽ    Akanishi : Ah, Shirota hadiahkan semalam.
Ѽ    Maru : ( mengusik rantai tersebut ) Bentuknya keperempuanan…
Ѽ    Akanishi : ( menepis tangan Maru ) Jangan sentuh, tangan kau ada sisa shabu-shabu*!
*shabu-shabu=makanan laut bersup yang panas. Juga makanan kegemaran Yamapi.
Ѽ    Maru : Macamana pula aku boleh makan shabu-shabu dengan tangan?

Sebentar tadi, ada rehearsal rancangan Music Station. Terdapat beberapa artis jemputan lain seperti Mihimaru GT dan Alice Nine. Kami sedang berehat di belakang studio sebelum beredar pulang. Kamenashi pulang lebih awal hari ini.

Ѽ    Ueda : Taguchi, kau nak ikut aku pergi taman tema? Lepas tu, kita pergi makan monjayaki.
Ѽ    Taguchi : Boleh! Boleh! Lagipun, aku ada masa terluang.
Ѽ    Tanaka : Eh, aku dah kata dari awal lagi yang aku akan bawa Taguchi ke restoran.
Ѽ    Akanishi : Bukan aku ke?
Ѽ    Taguchi : Eh?
Ѽ    Akanishi : Taguchi, ingat tak janji kita hari tu? Kita akan pergi main video game kat Shibuya.
Ѽ    Taguchi : Oh, ye ke? ( hairan )
Ѽ    Ueda : Korang jangan main-main.
Ѽ    Tanaka : Eh, mana ada aku main-main! Taguchi, kau dah lupa ke?
Ѽ    Akanishi : Taguchi, kau main kayu tiga rupanya.
Ѽ    Maru : Korang terlupa nak ajak aku! ( menyampuk )
Ѽ    Tanaka : Tak ada siapa nak ajak kau. ~
Ѽ    Akanishi : Pergi sorang dirilah. ~
Ѽ    Maru : Uh, nampaknya perhatian kepada Taguchi semakin menjadi-jadi!
Ѽ    Akanishi : Kau cakap dengan siapa tu? ( memandang Nakamaru dengan curiga )

Kenapa tiba-tiba saja mereka semua mengaku mempunyai dating bersama Taguchi?

Ѽ    Taguchi : Ah, baiklah! Aku dah ada keputusan.
Ѽ    Tanaka : Keputusan apa?
Ѽ    Maru : Adakah kau akan berkahwin?
Ѽ    Taguchi : Aku akan ikut Ueda dahulu, kemudian aku akan pergi makan dengan Tanaka. Seterusnya, Akanishi!!!
Ѽ    Akanishi : Herh?
Ѽ    Tanaka : Herh…
Ѽ    Taguchi : Aku akan makan dengan semua orang!
Ѽ    Ueda : Oh, tak jadilah.~ Aku ada kerja lain.
Ѽ    Taguchi : Eh?
Ѽ    Tanaka : Aku rasa baju aku belum dibasuh lagi. Nampaknya, aku kena buat banyak kerja lepas ni!
Ѽ    Taguchi : Ah? Kalau macamtu, Akanishi?
Ѽ    Akanishi : Siapa nak keluar dengan kau? ( beredar )
Ѽ    Maru : Aaaa….
Ѽ    Taguchi : Heh, korang… Apa ni?
Ѽ    Maru : Taguchi.
Ѽ    Taguchi : Apa kata kita keluar sekali, Nakamaru?
Ѽ    Maru : Taguchi.
Ѽ    Taguchi : Ye?
Ѽ    Maru : Kau tahu tak, kalau perangai kau macamni, perempuan pun tak nak keluar dengan kau.
Ѽ    Taguchi : Uuu… Souka.

Taguchi ditinggalkan keseorangan di kerusi. Sementara itu, rakan-rakan yang lain ketawa terbahak-bahak di belakang pintu.

Ѽ    Akanishi : Debut kita dah nak dekat.
Ѽ    Maru : Kau tak sabarke?
Ѽ    Akanishi : Of course!
Ѽ    Maru : Wah, kau ni. Sejak dua menjak ni aku tengok, kau asyik bercakap macam orang America. Kau rindukan New York lagi ke?
Ѽ    Akanishi : Mestilah. Takkan aku nak rindu pada kau kot.
Ѽ    Maru : Apa maksud kau.
Ѽ    Akanishi : Sebenarnya, muka kau sama macam periuk pasta kat rumah aku.
Ѽ    Maru : Oi! ( mengetuk kepala Jin )

Sambil keluar dari studio, Ueda kelihatan sedang mengalunkan lagu CARE yang ditulis oleh rakan sekumpulan, Jin.

Ѽ    Ueda : Narenai to sono naka de bukiyou na aiseoi. ( memetik jarinya )

Taguchi Junnosuke sedang bergurau senda dengan Tanaka, tetapi persoalan Tanaka agak memilukan hatinya.

Ѽ    Tanaka : Kau ada kawan baik tak?
Ѽ    Taguchi : Eh? Semua orang kawan aku. ( sengih )
Ѽ    Tanaka : Apakah makna senyuman kau tu? Jadi, kau tak kisah ke kalau tak ada kawan baik? Mungkin kau rasa ini perkara kelakar, kan?
Ѽ    Taguchi : Eh, eh! Mana ada. Aku memang tak ada kawan baik, tapi… Kalau kau nak jadi kawan baik aku, boleh saja!
Ѽ    Tanaka : Nanti dulu, aku tak pernah ada perasaan sebegitu!
Ѽ    Taguchi : Kenapa?
Ѽ    Tanaka : Kau membosankan. Walaupun, muka kau agak comel, tapi… Kau membosankan!!!
Ѽ    Taguchi : Eh???

Ekor rambutnya diikat ke atas, manakala mulutnya sarat dengan gyoza. Kamenashi kelihatan sibuk dengan tugas. Walaupun di rumah?!
Di hadapannya terdapat dua lirik lagu. Sebuah lirik merupakan lagunya, Kizuna dan juga lirik lagu Care. Dia dilihat menggaris beberapa bait lirik menggunakan pensel.

Pada waktu tengah malam,
Akanishi Jin keluar bersama sahabat baiknya, Yamashita Tomohisa di Roppongi.
Mereka melepak sambil melihat pemandangan pada malam hari.

Taguchi Junnosuke sedang bermain game di dalam PSP, sambil menguap kerana mengantuk.

Tanaka Koki sedang berjalan bersama seorang perempuan di sekitar Shibuya. Dia sedang memakan burger yang dibeli dari francais McDonald. Siapakah perempuan itu? Barangkali, rakannya.

Ueda Tatsuya sudah tidur. Tetapi, gaya tidurnya agak menghairankan.

Nakamaru Yuichi sedang menonton DVD yang dibintangi oleh Jackie Chan. Dia sedang ketawa seorang diri, sambil berasa gugup kerana dia tinggal berseorangan.

kat-tun, distance

Previous post Next post
Up