Got tagged with that meme on facebook. Since I saw this thing popping up here & there on my f-list, am copypasta-ing my answers here as well :D
1. Bekas kekasih saya adalah :
sesuatu yg tidak wujud dlm dunia nyata ini, hanya dlm dunia fantasi saya. tetapi itu juga tidak tepat kerana saya tiada bekas kekasih - semua masih kekasih saya. SAYA SOKONG POLIGAMI.
2. Saya sedang mendengar :
lagu dendangan kugiran Jimmy Makan Dunia
3. Mungkin saya patut :
potong rambut. sudah setahun lebih saya berkata sedemikian tetapi tak potong2 juga.
4. Saya suka :
hati.
5.Sahabat-sahabat baik saya :
semuanya mereng.
6.Saya tak paham :
orang yang tidak tahu menggunakan isyarat lampu tatkala memandu apabila mahu belok kiri ataupun kanan. adakah jari anda kudung?
7.Saya kehilangan :
ingatan. Ini berlaku terlalu kerap - sungguh tidak lucu.
8.Ramai yang berkata :
saya pelik kerana tidak makan sambal bersama nasi lemak.
9.Makna nama saya :
cita-cita. Sungguh kurang sesuai dengan diri saya yang kurang bercita-cita tinggi ini. Melainkan cita-cita adalah untuk berkahwin Okada Junichi/Brandon Boyd/Choi Seung Hyun/Lee Donghae. Atau kesemuanya sekaligus. Itu lebih afdal.
10.Cinta itu adalah :
sesuatu yang saya tidak tahu.
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
mencabut bulu kaki
12.Saya akan cuba :
mengemas bilik saya. HAHAHAHAHAHAHAHA
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
semestinya bukan sekejap.
14.Telefon bimbit saya :
bernama Donghae! (tanda seruan termasuk sekali)
15.Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan berguling dan kemudian membuka komputer riba.
16.Saya paling meluat apabila :
perkara yang saya rancangkan tidak menjadi. Oleh itu saya tak suka merancangkan apa2.
17.Pesta/Parti adalah :
dimana saya berada! HAHA!
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
apa2 anak binatang yang berbulu. tak pun diri saya sendiri.
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
sepanjang masa. kerana saya bertuah mengenali orang2 yang menyeronokkan setiap peringkat kehidupan saya.
20.Hari ini :
saya berkerja
21.Malam ini saya akan :
bekerja
22.Esok pula saya akan :
bekerja
23.Saya betul-betul inginkan :
wang yang banyak.
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
saya nampak muka saya.
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
apabila ada wang dua2 pun boleh. tetapi bukan kan arked permainan sememangnya dalam pusat membeli-belah?
26.Makanan Barat atau Jepun :
janji sedap saya makan. sebab itu saya debab.
27.Bilik yang terang atau gelap :
Mempunyai pencahayaan yang cukup sekiranya ingin membuat kerja. Sekiranya ingin tidur, gelap lebih afdal. Tapi tak gelap pun saya tidur juga.
28.Makanan segera adalah :
sedap.
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
LAPAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRR
30.Siapa yang anda mahu Tag?
Sesiapa yang belum membuat binatang ini lagi. Nak buat sekali lagi pun dipersilakan.