Selamat Awal Muharram

Jan 19, 2007 19:02


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam...AMIN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang senantiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam...AMIN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar di beri kekuatan pada jiwa ku, hati ku dan minda ku agar dapat melawan gelora perasaan yg melanda diri ku di saat ini. Sesungguhnya aku hamba yang amat lemah yang terlalu mengikut kehendak hatiku serta hawa nafsu. Ampunilah aku Ya Allah, kerana mempunyai kasih dan sayang yang teramat pada sidia. Tunjukkan lah kepada ku Ya Allah, jalan yang lurus jalan yang Engkau redhai dan berkati dan bukan jalan pada mereka yang Engkau murkai. Bantu lah diriku Ya Allah, tolong lah diriku Ya Allah, dan hanya pada Engkau aku memohon pertolongan. Amin Ya Allah...Amin...Amin...Amin Ya Rabbi Alami.

Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Previous post Next post
Up