May 26, 2005 16:49
Tanggal 21 May 2005, 12.30 pm, pertama kali menjejaki bumi Singapura. Perjalanan melalui link ke-2, tiada lah bersesak2 atau traffic jam. Proses di immigration juga berjalan lancar. Dan bus berhenti di Copthorne Orchid Hotel. Menelefon Shita, sahabat baik warga S'pore, memberitahu biar kami pergi ke Chalet dgn menaiki teksi saja. Tapi Shita berkeras ingin dtg mengambil sendiri dgn kereta nya. Tunggu di lobby hotel sambil bual2 dgn gang lelain. Tepat 20 minit kemudian, member dtg dan segera bertolak ke chalet.
Perjalanan dari Copthorne Orchid Hotel ke chalet mengambil masa 40 minit. Sepanjang perjalanan mata asyik memandang struktur bangunan2 di bandar S'pore yang sungguh menarik. Dalam hati terdetik, "wah S'pore macam oversea laa". Di jalanraya tidak kelihatan langsung kapchai (Honda 60), semua motosikal berkuasa tinggi belaka. Terasa macam di France pun ada. Wah...bole tahan hebat nya S'pore ini.
Sesampai di chalet, terus ke kaunter utk check-in. Sebelum terus ke bilik, berbual sebentar dgn Shita. Wah makcik nih makin lama mmg makin cantik lagi berseri. Agak nya seri pengantin kot...:) Shita masih seperti dulu juga, masih peramah dan baik sgt. Shita ajak utk lunch sesama, tapi terpaksa menolak kerna badan begitu letih dan lagi pun dia begitu sibuk menguruskan preparation tuk hari persandingan nya besok. Lalu menolak perlawaan nya dgn baik sambil memberitahu, pasti besok mlm kami akan dinner bersama2 selepas majlis persandingan.
Berehat di bilik sehingga jam 3.30 pm. Gang sepakat tuk pegi Sentosa Island petang itu juga. Mengambil bus dari chalet hingga ke hentian MRT. Lalu membeli tiket mrt tuk pegi ke Outram Park station. Di sana kami terpaksa menukar train, dan seterus nya membeli tiket train ke hentian Harbour. Dari Harbour, kami berjln hingga dlm 2km ke Terminal Cable Car tuk ke Sentosa Island. Harga tiket return dari Terminal ke Sentosa Island dlm $11.90. Mmg worth it naik cable car. View sgt cantik skali. Bole melihat laut yg membiru serta dari jauh dpt lihat Merlion yg tersergam gagah di tengah2 Sentosa Island.
Hujan turun renyai2 tatkala kami sampai di Sentosa Island. Kami mempunyai hanya beberapa jam saja utk tour satu Sentosa Island kerana last cable car pukul 9 mlm. Agak kecewa tidak dpt melihat show Musical Fountain kerna show start pukul 7.30 dan abis dlm 8.30 mlm. Pasti tidak cukup masa tuk kejar cable car nanti. Takpe next time pasti akan dtg lagi ke Sentosa Island. Apa pun dpt juga bergambar berlatar belakangkan Merlion. Wah...itu pun dah puas ati !!!
Bertolak balik semula ke chalet dan sampai di chalet dlm pukul 10 mlm. Wah perut terasa begitu lapar skali, lalu gang sepakat tuk dinner di Burger King di dlm chalet saja. Masing2 mengorder burger whopper set value meals. Size burger begitu besar skali, tapi sayang Burger King di situ tidak lagi menawarkan unlimited refill soft drink. Kalu Burger King di KLCC, nak refill brapa kali soft drink pun tak kisah. Selepas makan terus balik ke bilik. Malam tu masing2 tido awal....badan begitu flat skali !!!
Besok nya, 22 May, masing2 malas nak bangun tido, dan hanya ready tuk keluar pegi Majlis Persandingan Shita tengahari nanti. Berjanji dgn Shita tuk sampai ke majlis nya seblum majls perarakan. Agar gementar bercampur dgn excited tuk melihat majlis bersejarah ini. Sampai di tempat berlangsung nya majlis, dpt melihat pakcik dan makcik (Parent Shita) sibuk melayan tetamu. Pakcik dan makcik masih cam dulu, masih sehat malah lagi muda. Bersalam dgn makcik, terasa seperti bersalam dgn mak sendiri. Sememang nya dari dulu, menganggap keluarga Shita seperti keluarga sendiri. Ibubapa Shita seperti ibubapa sendiri. Semoga ikatan persahabatan antara kami akan senantiasa kekal dan di rahmati Allah Taala....AMIN !!!
To be Continue...